Selain goreng bakar atau gulai, ikan juga sedap dibuat sup atau singang, sesuai sangat untuk anda yang tak ada selera makan. Namun sering menjadi masalah, ikan bila dimasak sup ada sedikit rasa hanyir jika tidak dicuci bersih.  Agar sup ikan anda tidak menjadi sia-sia, cuba lima tip ini.

Ikan Yang Sesuai

Sebaiknya pilih ikan laut seperti  ikan merah, kerap, tenggiri dan beberapa jenis lagi yang berisi putih dan berisi lembut.

Ads

Ini Caranya Buat Sup Ikan Tak Hanyir.

Pastikan Ikan Segar

Yang terbaik adalah ikan segar dari pasar kerana ia akan rasa lebih sedap bila dimasak berbanding ikan yang telah difrozen. Pilih ikan yang tidak barbau hanyir, insangnya masih berwarna merah dan tekstur isinya masih kenyal.

Bersihkan Ikan

Cuci bersih ikan dari sisik, isi perut darah dan ingsang ikan di bawah air mengalir hingga betul-betul bersih hingga hilang bau hanyir. Boleh juga menggunakan perahan limau nipis, cuka atau air asam jawa untuk menghidar bau hanyir terutamanya  pada ikan air tawar.

Ads

 Ini Caranya Buat Sup Ikan Tak Hanyir.

Gunakan Bahan Perapan Dan Rempah Ratus

Salah satu cara mudah menghilangkan bau adalah dengan menggunakan bahan tumisan  seperti halia, lengkuas, serai, bawang putih, daun limau purut, kemangi atau salam. Fungsinya untuk mengatasi bau hanyir dari ikan.

Ads

Selepas Sup mendidih Baru Masukkan  Ikan

Tekstur isi ikan sangat lembut. Oleh itu anda perlu masukkan ikan apabila sup telah mereneh.   Apabila ikan sudah masak dan cukup rasa segera tutup api dan sup ikan sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI