Selain goreng bakar atau gulai, ikan juga sedap dibuat sup atau singang, sesuai sangat untuk anda yang tak ada selera makan. Namun sering menjadi masalah, ikan bila dimasak sup ada sedikit rasa hanyir jika tidak dicuci bersih. Agar sup ikan anda tidak menjadi sia-sia, cuba lima tip ini.
Ikan Yang Sesuai
Sebaiknya pilih ikan laut seperti ikan merah, kerap, tenggiri dan beberapa jenis lagi yang berisi putih dan berisi lembut.
Pastikan Ikan Segar
Yang terbaik adalah ikan segar dari pasar kerana ia akan rasa lebih sedap bila dimasak berbanding ikan yang telah difrozen. Pilih ikan yang tidak barbau hanyir, insangnya masih berwarna merah dan tekstur isinya masih kenyal.
Bersihkan Ikan
Cuci bersih ikan dari sisik, isi perut darah dan ingsang ikan di bawah air mengalir hingga betul-betul bersih hingga hilang bau hanyir. Boleh juga menggunakan perahan limau nipis, cuka atau air asam jawa untuk menghidar bau hanyir terutamanya pada ikan air tawar.
Gunakan Bahan Perapan Dan Rempah Ratus
Salah satu cara mudah menghilangkan bau adalah dengan menggunakan bahan tumisan seperti halia, lengkuas, serai, bawang putih, daun limau purut, kemangi atau salam. Fungsinya untuk mengatasi bau hanyir dari ikan.
Selepas Sup mendidih Baru Masukkan Ikan
Tekstur isi ikan sangat lembut. Oleh itu anda perlu masukkan ikan apabila sup telah mereneh. Apabila ikan sudah masak dan cukup rasa segera tutup api dan sup ikan sedia dihidangkan.