Ini Caranya Kalau Nak Donat Yang Korang Buat Lembut & Gebu.

Share

Ramai sukakan donat, terutamanya kanak-kanak. Bila asyik beli teringin juga nak buat sendiri tapi risau tak menjadi macam beli kat kedai donat yang popular tu. Sekarang korang jangan risau ini ada cara macam mana nak buat adunan donat supaya kembang dengan cantik sempurna dan gebu dan bila digoreng garing kat luar, lembut di dalamnya.


Gunakan Bahan Berkualiti:

Walau bahan buat donat ringkas dan senang, hanya tepung, gula, yiss, telur, susu dan margerin. Tetapi kualiti produk ini yang akan menentukan hasil donat korang nanti. Tepung akan menentukan tekstur donat, jadinya jangan guna sebarang tepung, sebaik gandum berprotein baik kualitinya dan bersih. Untuk mengetahui tepung masih elok, sebaliknya beli tepung yang mdalam kemasan asalnya (belum dibuka). Begitu juga dengan yis, pilih yang kering dan baru. Yis adalah mikroorganisme hidup yang berfungsi mengembangkan adunan. Jika menggnakan yis yang sedia ada dalam simpanan pastikan mikroorganisme di dalamnya masih hidup.

Kemudian sediakan sedikit air suam dalam bekas kecil dan masukkan yis, kacau dan biarkan. Jika ada gelembung udara, ia bermakna yis masih elok dan aktif. Begitu juga dengan susu, sebaliknya gunakan susu suam untuk mencampurkan adunan. Ia membantu yis lebih aktif dan donat mengembang cantik serta mempunyai serat-serat lembut. Elok juga kalau gunakan susu cair yang dipanaskan atau susu tepung yang dilarutkan dengan air suam.


Campur & Adun Bahan Dengan Betul

Walaupun tepung baru, korang patut ayak tepung dahulu untuk mengelakkan tepung berketul semasa digunakan. Campurkan tepung, gula dan yis, jangan campurkan garam di peringkat awal ini kerana ia akan menyebabkan yis tidak akan berfungsi. Cara paling senang korang boleh je gunakan breaf improver
(kalau ada) kerana ia membantu adunan kembang dengan rata, lembut dan tidak keras bila sejuk.

Kalau tak ada bread improver, uli adunan 12-15 minit dengan tangan, sambil tuangkan susu suam, bila semua bahan sudah bercampur rata, tambahkan mentega atau marjerin yang telah dicairkan. Mentega juga berperanan melembutkan struktur gluten dan menjadikan adunan terasa elmbut dan berkilat serta memberikan rasa yang lebih sedap. Uli adunan hingga sebati dan tak lekat pada mangkuk adunan. Pastikan juga korang tidak terlebih uli kerana ia boleh menjadikan donat keras dan tak lembut.



Rehatkan Doh Di Tempat Panas

Balut adunan yang sudah diuli dan letakkan dalam mangkuk, kemudian tutup dengan kain. Rehatkan di tepat panas selama 30 minit, misalnya di bahagaian dapur yang ada cahaya mata hari atau dekat dengan dapur. Apabila adunan kembang dua kali ganda asal. Uli semula selama tiga minit, kemudian rehatkan semula 15-20 minit. Adonan siap untuk diterap dengan acuan donat dan digoreng.

Haha inilah rahsia hasil kejadian donat yang sempurna lebut, gebu dan setanding donat yang dijual di kedai donat popular.

Published by
Norasida Myasin