Orang utara kalau tidak ada gulai kari dalam hidangan tidak kira sama ada makan tengah hari atau malam , seakan tidak lengkap. Menu yang satu ni wajib ada, baq hang. Kadang tu susah nak dapat rasa gulai kari yang terangkat macam yang tekak kita nak. Min kongsi tip buat kari original dari orang utara sendiri. Lepas ni buat kari gerenti sedap.
Tip masak KARI..
1.Selalunya negeri sebelah utara masak kari memang sedap.. (cheq org Kedah) jangan marah na….
2.Santan saya tak letak. Gantikan dengan beras yang disangai dan ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
3.Kari yang sedap, minyak mesti berlinang atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
Tip untuk menyediakan kari yang sedap.
Rempah kari kering Rempah ditumis kering dan dikacau dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api. Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
Kuantiti minyak Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
Hirisan bawang Bawang merah dan bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
Ads
Halba campur Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari. Kari anda akan lebih beraroma.
Pecah minyak Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul di permukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Asam jawa Lepas pecah minyak, baru masuk asam jawa dan boleh juga masukkan asam keping. Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain. Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Apalagi…Jom masak KARI
Ads
Gulai Ikan Kuala Kedah
Bahan-bahan: 2 keping ikan merah 1 1/2 sudu besar rempah kari ikan cap O 1 sudu teh jintan putih/jintan halus 2 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih
1 biji buah keras setangkai daun kari sedikit halba campur garam dan gula secukup rasa 4 biji bendi muda 1 biji tomato segar sedikit air asam jawa (kalau suka masam -lebihkan) 2- 3 sudu besar minyak masak 1 1/2 mangkuk air 2 -3 biji cili padi
Cara memasak: 1.Bawang putih,bawang merah,buah keras dan jintan putih ditumbuk halus. 2.Panaskan minyak , masukkan bahan yang ditumbuk,daun kari dan halba sehingga sedikit garing 3.Masukkan rempah kacau dan masukkan sedikit air ,air asam jawa . Biarkan mendidih dan pecah minyak dan wangi. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula serta serbuk perasa jika suka. 4.Masukkan ikan, alihkan dan masukkan air secukupnya. 5.Biarkan mendidih dan akhir sekali masukkan bendi , tomato dan cili padi . Angkat dan hidang.
*Makan bersama nasi panas,sambal belacan dan ikan goreng, pasti menyelerakan😁
Ayam Sirsau adalah menu popular di kalangan masyarakat Banjar, rasa pedas dan kaya dengan aroma serai dan daun limau purut ini sangat sedap dan mudah dimembuatnya. Kalau korang ingin mencuba, tidak ada masalah, resipinya RASA ada kongsikan.
AYAM SIRSAU BAHAN-BAHAN:
6 ekor ayam | potong kecil
6 biji tomato | potong empat
30 biji cili padi merah dan hijau | buang tangkai
18 batang serai | titik
4 kiub pati ayam
1 mangkuk air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
30 tangkai cili kering | potong dan rebus kemudian tos
20 biji cili padi merah
20 biji cili padi hijau
16cm kunyit hidup
30 ulas bawang merah
24 ulas bawang putih
1 keping belacan saiz kecil
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan serai diikuti kiub pati ayam dan ayam.
Setelah ayam kecut masukkan air asam jawa dan sedikit air.
Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat masukkan tomato, cili padi merah dan hijau.
Setelah cukup rasa dan kuah sedikit pekat. Tutup api.
Belum ada idea nak masak apa untuk minum petang? Waktu-waktu begini, memang best jika dapat menikmati secawan kopi bersama kuih muih atau sajian kegemaran. Setelah penat seharian menguruskan urusan keluarga dan kerja, waktu minum petang ni ibarat masa untuk ber ‘me time’ dan melepaskan lelah.
Sempena bulan kemerdekaan ini, RASA kongsikan buat anda 20 video Minit Ekspressdan Gerenti Jadiyang boleh dicuba. Semuanya mudah, sedap dan tentunya membuka selera. Jom cuba!
KOLEKSI VIDEO RESIPI MINIT EKSPRESS & GERENTI JADI
1. ROTI CANAI SOSEJ
2. SAGU GULA MELAKA
3. MARTABAK SAMYANG CHEESE
4. KUETIAU GORENG UDANG
5. CHOC CHIP SOFT COOKIES
6. SPAGETI TUNA
7. CLOUD BREAD
8. AISKRIM COKLAT 3 BAHAN
9. CINNAMON ROLL MUDAH
10. CHEESY GARLIC BUN
11. ROTI SARDIN PATTAYA
12. SCONES KELAPA
13. ROTI BUN KACANG MERAH
14. KEK CHEESE LELEH
15. MINI MURTABAK TELUR
16. APAM GULA MERAH DAUN PISANG
17. POKET KENTANG BERKEJU
18. BEEF PATTIES
19. DONUT GEBU
20. MAKARONI SCHOTEL
RASA GERENTI JADI & MINIT EKSPRESS, video masakan langkah demi langkah pastinya dapat membantu anda menyediakan sajian yang mudah, enak dan berkhasiat untuk keluarga setiap hari.
Nak masak apa? Semuanya ada. Lauk pauk Melayu tradisional, Barat dan Timur Tengah, kuih muih manis dan pedas aneka rupa, sajian mi dan pasta pelbagai rasa, kek, biskut, minuman, sajian pencuci mulut yang mudah dan bermacam-macam lagi.
Semuanya lengkap dengan sukatan bahan-bahan dan juga cara memasak bagi memudahkan anda untuk mencubanya. Jadi walaupun baru pertama kali cuba, tak perlu risau. Pasti sempurna hasil masakannya.
Video Gerenti Jadi & Minit Ekspress boleh ditonton melalui:
SedapnyaKerabu Kerang Thai ni. Cukup rasa pedas, masam, masin dan manisnya. Ditambah dengan ramuan bahan-bahan segar menjadikan hidangan ini enak sekali. Jika anda gemarkan kerabu, kena cuba resipi Kerabu Kerang perkongsian saudari Fia Sofia. Merecik rasa dia. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK KERABU KERANG THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg kerang 1 sudu teh garam – beli online disini 3 sudu makan gula kabung – beli online disini 2 sudu makan sos ikan – beli online disini 3 sudu makan air asam jawa – beli online disini 4 biji limau nipis 3 biji tomato – dipotong 1 batang lobak merah – dipotong halus memanjang 2 ulas bawang merah – hiris nipis 5 biji cili api – ditumbuk 1 sudu teh serbuk perasa
CARA MEMASAK: 1. Basuh kerang dan rebus bersama 1 sudu kecil garam. 2. Buang air rebusan kerang dan segera masukkan ais dan juga air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut. (ini adalah tip untuk kerang nampak segar) 3. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.
4. Dalam mangkuk berlainan, satukan air asam jawa, cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung. Sebatikan. 5. Kemudian gaulkan bersama kerang tadi sehingga mesra. 6. Akhir sekali perahkan limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris, lobak merah dan juga daun ketumbar. Gaul hingga sebati.
7. Kerabu Kerang Thai siap untuk dinikmati.
INFO: Rasa masin, pedas, manis, masam boleh ubah suai ikut selera masing-masing.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!