Orang utara kalau tidak ada gulai kari dalam hidangan tidak kira sama ada makan tengah hari atau malam , seakan tidak lengkap. Menu yang satu ni wajib ada, baq hang. Kadang tu susah nak dapat rasa gulai kari yang terangkat macam yang tekak kita nak. Min kongsi tip buat kari original dari orang utara sendiri. Lepas ni buat kari gerenti sedap.

Tip masak KARI..

1.Selalunya negeri sebelah utara masak kari memang sedap.. (cheq org Kedah) jangan marah na….

2.Santan saya tak letak. Gantikan dengan beras yang disangai dan ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.

3.Kari yang sedap, minyak mesti berlinang atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.

Tip untuk menyediakan kari yang sedap.

Rempah kari kering
Rempah ditumis kering dan dikacau dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api. Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.

Kuantiti minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.

IKLAN

Hirisan bawang
Bawang merah dan bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.

Halba campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari. Kari anda akan lebih beraroma.

Pecah minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul di permukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.

Asam jawa
Lepas pecah minyak, baru masuk asam jawa dan boleh juga masukkan asam keping.
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.

Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.

Apalagi…Jom masak KARI

Gulai Ikan Kuala Kedah

Bahan-bahan:
2 keping ikan merah
1 1/2 sudu besar rempah kari ikan cap O
1 sudu teh jintan putih/jintan halus
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

1 biji buah keras
setangkai daun kari
sedikit halba campur
garam dan gula secukup rasa
4 biji bendi muda
1 biji tomato segar
sedikit air asam jawa (kalau suka masam -lebihkan)
2- 3 sudu besar minyak masak
1 1/2 mangkuk air
2 -3 biji cili padi

Cara memasak:
1.Bawang putih,bawang merah,buah keras dan jintan putih ditumbuk halus.
2.Panaskan minyak , masukkan bahan yang ditumbuk,daun kari dan halba sehingga sedikit garing
3.Masukkan rempah kacau dan masukkan sedikit air ,air asam jawa . Biarkan mendidih dan pecah minyak dan wangi. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula serta serbuk perasa jika suka.
4.Masukkan ikan, alihkan dan masukkan air secukupnya.
5.Biarkan mendidih dan akhir sekali masukkan bendi , tomato dan cili padi . Angkat dan hidang.

*Makan bersama nasi panas,sambal belacan dan ikan goreng, pasti menyelerakan😁

Kredit tip : Rozel Linda

Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.

7 Cara Buat Dendeng Daging Sedap & Empuk, Boleh Ikut Petua Ni.

Tip Masak Pulut Kuning Yang Cantik, Lembut & Sempurna Kejadiannya

Petua Pilih Daun Limau Purut Supaya Masakan Tak Pahit