Sotong antara seafood yang sedap dan disukai ramai, tambahan pula ia boleh dimasak dengan bermacam-macam menu sedap. Yang menjadi sepoi bila sotong yang dimasak hasilnya liat dan kacau selera makan. Jangan susah hati, anda boleh ikut tip ini supaya sotong yang anda masak lembut teksturnya dan sedap dimakan.
Pastikan anda hanya menggunakan sotong yang segar, kenyal teksturya, kulitnya berkilat dan tidak berbau busuk.
Setelah siap dibersihkan, celur sotong dalam air mendidih lebih kurang 1-2 minit.
Masukkan sotong yang telah dicelur dalam air ais supaya rasa kenyalnya kekal.
Untuk memasak, sebaliknya anda masak dahulu tumisan bahan sambal atau kuahnya.
Masukkan sotong bila sambal cukup rasa dan pekat. Atau kuah sudah mendidih.
Masak sotong jangan lebih dari lima minit.
Harap tip ini dapat membantu anda menyediakan sambal sotong yang lembut dan segar.
Ads
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernahkah kamu perhatikan beberapa jenis biskut yang mempunyai lubang di atasnya? Tahukah yang lubang tersebut bukan hanya tujuan hiasan sahaja? Jom baca info berguna ni.
Di laman Daily Mail, Mark Greenwell, pengurus besar di Pabrik United Biscuit di Carlislie, Amerika Syarikat menjelaskan bahawa lubang di biskut memiliki fungsi sebagai saluran udara dan memperkuatkan struktur biskut.
Disaat pembuatan biskut, suhu panas membolehkan aliran jalan keluar udara dari setiap lapisan biskut. Lubang tersebut adalah salah satunya. Jika lubang tidak ada, maka lapisan biskut renyah yang berada di antara krim akan menjadi retak, hancur dan lembik.
“Jika tidak ada lubang, suhu panas kan berkumpul di dalam biskut. Biskut tersebut akan hancur dan menjejaskan kualitinya,” kata Greenwell.
Suhu tersebut perlu disalurkan dengan baik untuk mendapatkan tekstur yang bagus dan merata. Namun, untuk biskut chocco chip dan kacang misalnya, memang sengaja tidak dilubangkan untuk memberi tekstur retak.
Ternyata berguna juga ya lubang-lubang kecil di biskut itu. Ingat hanya sekadar hiasan…
Boleh la lepas ini kamu berkongsi info ini kepada kawan-kawan atau keluarga.
Lipas yang berkeliaran di dapur memang merimaskan. Selain kotor, ia juga menggelikan. Cuba petua-petua di bawah ini. Ia lebih selamat kerana tidak menggunakan racun.
1.Sabun mandi
Ambil sebuku sabun mandi. Potong kiub kecil dan letakkan di sudut-sudut serta kawasan yang selalu lipas kunjungi. Biarkan dan ganti ketulan sabun baru bila sabun lama kurang berbau.
2.Lemon
Potong lemon menjadi kepingan dan letakkan di tempat gelap seperti dalam kabinet atau laci. Ganti kepingan lemon yang baru setelah kepingan lemon lama kering.
3.Buah Pelaga
Lipas biasanya membiak di kawasan yang tersorok dan gelap. Ambil beberapa biji buah pelaga, tumbuk sedikit dan letakkan di kawasan tersebut.
4.Daun Pandan
Ambil daun pandan, koyak sedikit daunnnya dan letakkan di kawasan yang banyak lipas berkeliaran. Bau dari daun ini mampu menghalau lipas dari rumah anda.
5.Daun Bay
Selain daun pandan, anda juga boleh menggunakan daun bay untuk menghalau lipas. Caranya mudah sahaja. Tumbuk daun bay hingga halus dan tabur di sudut-sudut atau kawasan yang lipas selalu kunjungi.
6.Baking Soda & Gula
Campuran bahan ini boleh membunuh lipas. Campur kedua-dua bahan ini pada nisbah 1:1 dan letakkan di kawasan gelap yang banyak lipas. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis dan seterusnya akan mati.
Siapa suka bubur Sumsum yang diperbuat dari tepung beras dicampur dengan santan dan dimakan dengan air gula Melaka. Memang sedap sunggup dessert orang dulu-dulu ni. Walaupun sekarang ni jarang-jarang masak tapi masih ramai yang mengemarinya.
Walaupun tengok pada bahan dan menunya nampak mudah masak Bubur Sumsum tetapi kalau tak kena pada caranya, ia akan berketul-ketul dan tidak akan dapat tekstur yang lembut sekata tu.. Untuk hasil Bubur Sumsum yang terbaik boleh ikut tip berikut
1. Gunakan Bahan Segar
Bahan utama yang digunakan adalah tepung beras, santan, daun pandan dan garam. Sebaiknya guna tepung beras yang tidak berbau dan putih berkilat. Santan pula gunakan santan segar supaya adunan bubur lebih sedap, lembut dan berkilat. Jika tidak ada santan segar boleh juga guna santan kotak .
Untuk memastikan kekentalannya lembut cantik, gunakan perbandingan air 1:8-10 untuk tepung dan santan. Ini bermakna bila guna 100gm tepung beras, maka guna 800l santan. Daun pandan untuk aroma, jika tiada boleh guna esen vanilla.
2. Larutkan Santan Dengan Tepung Beras Sebelum Dimasak
Bancuh tepung beras dengan separuh daripada santan hingga bercampur dengan sekata dan tidak berketul sebelum dididihkan di atas dapur mengunakan api sederhana dan perlahan.
3. Sentiasa Kacau Hingga Aduan Yang Dimasak Meletup-Letup
Dalam periuk masukkan lebihan separuh dari santan tadi bersama daun pandan serta sedikit garam. Hidupkan api dapur dan masukkan adunan tepung beras yang telah dilarutkan tdi. Sentiasa kacau hingga tekstur adunan menjadi pekat dan meletup-letup sebelum tutup api.
4. Tambahkan Penambah Aroma Untuk Ganti Air Gula
Campurkan gula melaka dengan air dan sedikit garam di dalam periuk, kemudian didihkan di atas dapur. Masak hingga gula larut. Untuk aroma lebih wangi, masukkan dapun pandan atau kulit kayu manis, terpulang pada cita rasa.
INGINKAN PETI SEJUK YANG BOLEH MENJADIKAN HASIL MASAKAN TAHAN LAMA & SEGAR. JOM LAYARI DI SINI.
MAHUKAN PILIHAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG TERBAIK, BOLEH LIHAT DI SINI.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!