Ini Caranya Nak Elak Minyak Panas Mercik Masa Menggoreng.

Share

Minyak merecik semasa menggoreng ikan atau kuih muih bergoreng, biasakan? Ini juga alasan anak dara takut masuk dapur.  Emak-emak yang dah biasa masak, buat tak kisah je.  Tapi kalau terkena percikkan minyak, ya ampun sakitnya, walaupun sikit tapi pedehkan. Jadi untuk selesaikan masalah ini semua, RASA nak kongsikan enam cara nak kurangkan minyak merecik semasa menggoreng yang korang semua boleh cuba.  Senang je.

 

1. KURANGKAN KANDUNGAN AIR

Semasa nak menggoreng perhatikan kuali yang lepas dicuci perlu dikeringkan airnya. Caranya, hidupkan api dapur dan biarkan kuali kering baru masukkan minyak. Jika masih ada air walau sedikit ia akan meletup-letup kecil kerana minyak tidak boleh bercampur dengan air.

2. TENTUKAN KEPERLUAN MINYAK UNTUK MENGGORENG 

Minyak yang terlalu banyak atau sedikit boleh membuatkan minyak mercik. Oleh itu sesuaikan minyak untuk keperluan menggoreng.  Paling bagus adalah menggunakan minyak 1/3 kuali, tetapi kalau hanya untuk menggoreng telur guna sedikit sahaja dan gunakan kuali yang non stick leper.

3. TAPIS BAHAN PERAPAN 

Pastikan bahan perapan yang digunakan pada makanan yang mahu digoreng tidak mengandungi air, Jika terpaksa atau memang berair, tapis dahulu hingga air perapan tos. Cara ini boleh mengurangkan percikan minyak.

4. ELAK GUNA MINYAK TERLALU PANAS 

Kerana nak cepat masak bahan yang digoreng, korang panaskan minyak hingga tahap terlalu panas, tindakan ini mengundang percikkan minyak yang kuat dan suhu yang terlalu tinggi juga mengurangkan kualiti minyak. Malah ia boleh membentuk radikal bebas. Ia tidak elok untuk kesihatan  korang semua.

5. TABUR GARAM DALAM MINYAK 

Saran ini dikatakan mampu mengurangkan percikan minyak semasa menggoreng, caranya semasa minyak mulai panas, taburkan satu sudu teh serbuk garam di dalamnya  Bila anda gunakan cara ini, pastikan kurangkan jumlah garam dalam makanan yang digoreng.

6. GUNA KUALI BERPENUTUP 

Akhir sekali, cara terbaik dan mudah, korang boleh guna kuali berpenutut untuk mengelakkan dari terkena percikan minyak semasa menggoreng. Tapi jangan sampai terlupa membalikkan makanan yang digoreng, bimbang ia masak atau hangus sebelah.

Boleh cuba tip ini untuk mengelakkan rasa takut bila menggoreng. Selamat mencuba!

 

 

Published by
Norasida Myasin