Ini Caranya Untuk Buat Creampuff Versi Perancis

Share

Creampuff sememangnya menjadi antara juadah minum petang yang popular. Selain tekstur yang lembut dan sedap, bentuknya yang comel membuatkan ramai yang tertarik mencari resipi.

Perkongsian daripada saudari Keroroyz Royz ini, sedikit berbeza daripada yang lain. Menggunakan keju dan herba menjadikan hidangan ini superb dan sedap!

Resipi ini dapat menghasilkan 12 biji cheese puff dan Gougères (disebut “goo-ZHAIRS”) adalah gaya pastri gourmet Perancis yang dibuat daripada pastri choux dan beberapa jenis keju.

GOUGÈRE – CHEDDAR CHEESE PUFFS

BAHAN CHEESE PUFF

8 sudu besar atau 113g mentega – beli online di sini
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 cawan tepung gandum – beli online di sini


4 biji telur saiz besar (kalau kecil 5 biji) | dipukul sedikit
1 cawan atau 113g parutan keju cheddar
2 sudu teh herba rosemary/thyme/parsley | dihiris halus (untuk resipi ini, saya guna rosemary dan parsley) – beli online di sini
½ sudu teh serbuk lada hitam – beli online di sini
Sebiji telur | dipukul untuk glis
Parutan keju cheddar sebagai hiasan

BAHAN CHEESE FILLING

250g cream cheese suhu bilik
4 sudu besar sour cream/yogurt asli
1 sudu teh garlic powder/1 ulas bawang putih diparut
1 sudu teh parsley/dill/rosemary herbs
*Campur semua bahan kecuali herba dan kacau menggunakan mixer hingga kental/soft peak. Masukkan herba dan kaup balik hingga sebati. Paipkan ke dalam gougere semasa menghidang.

CARA MEMBUAT CHEESE PUFF:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200c. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper.
2. Di dalam periuk yang sesuai, masukkan air, garam dan butter. Kacau hingga mendidih kecil dan mentega larut. Guna api sederhana besar. Kemudian kecilkan api, masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan tidak melekat di periuk dan senduk kayu. Alihkan dari dapur.


3. Terus kacaukan adunan dan biarkan doh menjadi suam selama 5 minit. Guna mixer atau senduk kayu dan masukkan telur sedikit demi sedikit. Putar hingga adunan menjadi berkrim.

4. Masukkan lada hitam, daun herba dan keju cheddar. Kacau hingga sebati
5. Guna piping bag atau sudu dan paipkan adunan ke atas loyang sebesar 1.5-2inc. Jarakkan kerana adunan akan mengembang. Ulang hingga habis.


6. Masukkan ke dalam ketuhar dan turunkan suhu ke 190c bakar selama 20 minit. Keluarkan dari ketuhar, sapukan dengan telur dan tabur keju di atas puffs. Bakar semula selama 10 minit hingga puffs menjadi keperangan. Sejukkan di atas rak dawai.

*boleh gantikan herba dengan kucai, daun bawang atau herba kegemaran. Boleh juga terus sapukan telur dan tabur keju sebelum bakar. Tapi hasilnya tak berapa cantik sebab keju cepat cair. Kalau terlebih rajin, boleh buat cheese filling. Tapi makan begitu saja pun dah sedap dan wangi bau herba.

Kredit resipi dan foto: Keroroyz Royz

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:   

https://www.rasa.my/ayam-bakar-super-simper-tapi-sedapnya-ya-ampunn/

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:   

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff