1. Korang tahu tak, dengan mengamalkan  jus atau teh parsli adalah salah satu cara selamat dan murah untuk  menurunkan berat badan.   Daun parsli ini  kaya dengan karoten, zeaksantin, vitamin C, E dan K adalah sumber antioksidan  yang penting untuk kesihatan. Ia bertindak sebagai antibodi tubuh dengan cara  mengoptimunkan proses-proses metabolism dalam tubuh.

Selain itu,  dengan mengamalkannya, ia  turut membantu proses pencernaan  makanan menjadi lebih optimum sehingga penyerapan di dalam usus. Selain itu ia merupakan dieuntik semulajadi  yang baik bagi mengatasi masalah saluran kencing, menghapuskan bakteria dan zat berbahaya  dalam  tubuh melalui air kencing.

Untuk mendapat khasiat , anda boleh amalkan dengan mengambil jus atau teh parsli secara rutin dengan kadar yang sesuai. Berikut,  RASA sertakan  resipi mudah teh dan jus parsli.

Homemade Jus & Tea Parsley, Ini Cara Diet Paling Sihat.

TEH PARSLI

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 liter air
  • 5 sudumakan hirisan daun parsli

CARA MEMBUAT:

  1. Panas kan air dalam periuk.
  2. Setelah mendidih masukkan daun parsli.
  3. Kacau dan biarkan mereneh lebih kurang 15-20 minit.
  4. Tuang dan tapis air rebusan dalam gelas.
  5. Teh parsli sedia diminum

Amalkan minum teh ini tiga kali sehari, (pagi, tengahari dan malam) Untuk lebih berkesan boleh tambah perahan jus lemon. Jika diamalkan berterusan selama seminggu mampu menurunkan berat badan 3-5 kg dalam satu minggu.

Homemade Jus & Tea Parsley, Ini Cara Diet Paling Sihat.

JUS PARSLI

BAHAN-BAHAN: 

Ads
  • 1 cekak daun parsli
  • 1 biji lemon
  • 1 gelas air putih 

CARA MEMBUAT:

  1. Cuci bersih daun parsli.
  2. Masukkan dalam pengisar bersama air dan kisar hingga halus.
  3. Tapis jus dalam gelas dan perahkan jus lemon di dalamnya.
  4. Jus sedia diminum.

Cara mengamabil Jus  sebelum makan, amalkans ecara rutin selama 5 hari sahaja.Selepas itu berhenti. Selepas 10 hari jika berat badan belum turun, anda boleh meminumnya semula Menurut sumber dengan mengamalkan minum jus parsli boleh menurunkan berat badan sehingga 3 kg seminggu.

Korang yang nak berdiet, cubalah petua diet dengan mudah ni, tapi jangan lupa lakukan juga senaman dan amalkan pemakanan sihat. Gerenti diet anda lebih berkesan.

Ads

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI