Pernah keliru tak nak bezakan mana satu bihun dan mana satu suhun? Sebab dua bahan ini secara padangan mata kasar bentuk dan warna macam sama, hakikat sebenarnya ia adalah dua bahan yang berbeza. Malah kedua-duanya dibuat dari bahan yang berbeza, tekstur dan cara memasak juga tidak sama. Nak tau apa perbezaannya, baca hingga habis info ini.
Bahan Asas
Bihun sejenis mi halus yang dibuat dari tepung beras, ia juga disebut sebagai Mihun. Ada juga bihun dibuat dari tepung jagung. Sedangkan suhun dibuat dari pati kacang hijau, tapi sekarang ada juga yang dihasilkan dari pati ubi kayu dan kentang.
Ads
Warna Tekstur & Rasa
Warna bihun putih kusam, teksturnya rapuh dan mudah patah semasa kering, tetapi selepas dimasak ia mengadi lembut dan sedikit kenyal. Sementara suhun berwarna putih jernih dan ia lebih liat dan tidak mudah patah walaupun dalam keadaan kering. Selepas dimasak teksturnya licin, menyerap air dan mudah putus, rasanya adalah tawar berbanding bihun.
Cara Memasak
Sebelum dimasak bihun cukup sekadar direndam air panas selama 2-3 minit kemudian ditoskan sebelum sedia dimasak. Atau boleh juga dicelur lebih kurang satu minit. Angkat dan tos. Atau boleh saja direndam air sejuk. Tetapi rendaman mestilah lebih lama. Sama dengan bihun, suhun juga perlu direndam dengan air panas tetapi masanya lebih lama (5-15 minit). Tetapi bila ditoskan suhun akan melekat satu sama lain. Oleh itu adalah lebih baik rendam suhun dalam air sejuk biasa dan tos hanya bila sedia dimasak.
Ads
Cara Simpan
Bihun yang sudah dimasak boleh bertahan satu hari jika disimpan pada suhu bilik, jika dimasukkan dalam peti sejuk ia bertahan 4-5 hari. Tetapi ia perlu disimpan dalam bekas bersih dan kedap udara. Jika dalam keadaan kering ia tahana lama jika disimpan dalam bekas kering dalam suhu bilik.Sementara suhun mesti disimpan dalam keadaan kering, jika basah ia tidak tahan disimpan lama. Suhun kering juga perlu disimpan dalam bekas kedap udara di tempat kering.
Ads
Diharapkan info ini boleh membantu anda membezakan dari padangan mata kasar, cara memasak dan menyimpan bihun dan suhun.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sebut je limau, ia ada pelbagai jenis. Namun hanya ada tiga jenis limau yang sering digunakan dalam masakan untuk tujuan aroma dan rasa masakan. Ia adalah limau nipis, purut dan kasturi. . Nak tahu apa yang membezakan limau-limau ini, baca tip berikut:-
Fizikal Dan Tekstur
Sekali pandang tiga limau, purut, nipis dan kasturi hampir sama, ia berwarna hijau. Tetapi limau purut dan kasturi bewarna hijau lebih pekat berbanding limau nipis hijau muda atau hijau kekuningan. Dari segi saiz, limau kasturi paling kecil, limau purut dan nipis hampir sama saiznya dan tekstur kulitnya limau purut bergerutu berbeza dengan limau nipis dan kasturi yang lebih licin.
Jumlah Dan Warna Airnya
Bila dibelah kesemuanya hampir sama, tapi jumlah air dan warnanya tidak sama. Limau nipis dan purut, airnya berwarna hijau cerah dan jernih sedangkan limau nipis kasturi hijau kekuningan. Bila diperah jumlah airnya juga berbeza, Limau kasturi paling banyak, diikuti limau nipis dan limau purut paling sikit airnya.
Fungsi Dalam Masakan.
Ketiga-tiga air limau ini mempunyai rasa masam, namun rasa masam itu tidak sama. Limau kasturi lebih masam berbading limau nipis dan purut. Sebab itu limau kasturi lebih banyak dicampur dalam masakan seperti sambal cili atau rasa sambal kacang segar. Sementara limau nipis dan purut digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan mahupun organ dalaman dicampurkan dalam masakan atau semasa mencuci.
Kalau nak dapatkan dekorasi di rumah terutamanya dapur tidak semestinya perlu beli yang baru. Kadangkala, guna barangan yang terpakai pun boleh jadi cantik. Yang penting, anda perlu sedikit kreatif untuk menggubahnya. Jika anda ada botol kaca di rumah, jangan dibuang kerana ia boleh dibuat bekas rempah ratus. Memang cantik hasil DIY oleh Fridie Yusop ini. Sangat kemas dan paling penting, menjimatkan ruang di dapur.
DIY BEKAS REMPAH GUNA BOTOL KACA TERPAKAI
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Cat spray (Spray paint)
Label sticker
Skru secukupnya
Screwdriver
L metal
Kayu
CARA-CARANYA:
1. Sembur spray paint pada keseluruhan botol serta kayu dan biarkan sehingga ia kering.
2. Pasang L metal pada kayu dan ukur botol pada kayu untuk membuat jarak lubang.
3. Skrukan penutup botol pada kayu.
4. Masukkan rempah ratus yang ada dan lekatkan label sticker pada botol.
Cuci periuk memang leceh lebih-lebih lagi yang susah nak tanggal. Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan cerek memang mudah kotor dan lekat kesan jelaga. Kadang kala cuci pakai sabun biasa pun tak nak bersih. Anda boleh cuba petua perkongsian saudari Dahriah Damsah ni. Hasilnya memang mengagumkan.
PETUA CUCI & SENTAL PERIUK AGAR SENTIASA NAMPAK BARU