Ini Perbezaan Bihun & Suhun,  Korang Boleh Baca  Supaya Tak Keliru.

Share

Pernah keliru tak nak bezakan mana satu bihun dan mana satu suhun? Sebab dua bahan ini secara padangan mata kasar bentuk dan warna macam sama, hakikat sebenarnya ia  adalah dua bahan yang berbeza.  Malah kedua-duanya dibuat dari bahan yang berbeza, tekstur dan cara memasak juga tidak sama. Nak tau apa perbezaannya,  baca hingga habis info ini.

Bahan Asas

Bihun  sejenis mi halus yang dibuat dari tepung beras, ia juga disebut sebagai Mihun. Ada juga bihun dibuat dari tepung jagung.  Sedangkan suhun dibuat dari pati kacang hijau, tapi sekarang ada juga yang dihasilkan dari pati ubi kayu dan kentang.

Warna Tekstur & Rasa

Warna bihun putih kusam, teksturnya rapuh dan mudah patah semasa kering, tetapi selepas dimasak ia mengadi lembut dan sedikit kenyal. Sementara suhun  berwarna putih jernih dan ia lebih liat dan tidak mudah patah walaupun dalam keadaan kering. Selepas dimasak  teksturnya licin, menyerap air dan mudah putus, rasanya adalah tawar berbanding bihun.

Cara Memasak

Sebelum dimasak bihun cukup sekadar direndam air panas selama 2-3 minit kemudian ditoskan sebelum sedia dimasak.  Atau boleh juga dicelur lebih kurang satu minit. Angkat dan tos. Atau boleh saja direndam air sejuk. Tetapi rendaman mestilah lebih lama.  Sama dengan bihun, suhun juga perlu direndam dengan air panas tetapi masanya lebih lama (5-15 minit). Tetapi bila ditoskan suhun akan melekat satu sama lain. Oleh itu adalah lebih baik rendam suhun dalam air sejuk biasa dan tos hanya bila sedia dimasak.

Cara Simpan

Bihun yang sudah dimasak boleh bertahan satu hari jika disimpan pada suhu bilik, jika dimasukkan dalam peti sejuk ia bertahan 4-5 hari. Tetapi ia perlu disimpan dalam bekas bersih dan kedap udara.  Jika dalam keadaan kering ia tahana lama jika disimpan dalam bekas kering dalam suhu bilik.Sementara suhun mesti disimpan dalam keadaan kering, jika basah ia tidak tahan disimpan lama. Suhun kering juga perlu disimpan dalam bekas kedap udara di tempat kering.

Diharapkan info ini  boleh membantu anda membezakan dari padangan mata kasar,  cara memasak dan menyimpan bihun dan suhun.

 

Published by
Norasida Myasin