Ini Perbezaan Halia dengan Lengkuas, Jangan Tersalah Ye!

Share

Bagi yang sudah biasa memasak, mesti kenal  dan boleh bezakan halia dengan lengkuas.  Tapi yang yang baru belajar masak atau si bujang mungkin was-was sebab secara fizikal kedua-duanya hampir sama. Kedua-duanya adalah bahan tumisan penyedap makanan  yang mempunyai aroma. Walaupun hampir sama, kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dalam masakan. Nak tahu apa dia, anda baca tip yang rasa kongsikan ini.

Warna Dan Tekstur Kulit

Halia berwarna kuning kecoklatan atau coklat lembut. Sementara lengkuas coklat yang lebih gelap dan mempunyai  rerambut akan pada ruas lengkuas. Garis-garis pada lengkuas juga lebih jelas berbanding halia. Tekstur kulitnya  juga lebih kasar, licin dan berkilat berbanding halia.

Warna Dan Tekstur Isi

Tekstur isi halia lebih lembut dan berserabut, sedangkan lengkuas lebih keras, sementara warna halia  lebih kepada kuning muda. Lengkuas pula  berwarna coklat terang dan sedikit kemerahan. Ia juga agak keras.

Bau Dan Rasa

Halia dan lengkuas mempunyai aroma yang segar sifatnya, namun bila diamati betul-betul, ia sangat berbeza. Halia mempunyai bau yang lebih  kuat  dan .  Sementara lengkuas  memiliki sedikit aroma citrus yang tersendiri dan menyegarkan.  Kedua-dua rempah ratus ini mempynyai rasa yang pedas panas, tetapi lengkuas lebih kuat berbanding halia.

Penggunaan Dalam Masakan

Kedua-dua bahan ini digunakan kerana fungsinya yang memberikan aroma dalam masakan. Namun lengkuas jika digunakan dalam masakan dengan carra hirisan atau ketuk, ia tidak boleh dimakan sekali kerana keras. Sedangkan halia, walaupun tidak dihancurkan ia boleh dimakan bersama bahan masakan yang lain sebab kembut dan rasa  hangat yang lembut.

Jenis Masakan

Disebabkan aromanya yang hangat lembut, halia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan juga minuman serta kuih muih berbanding dengan lengkuas yang  panas, pedas lebih kuat. Kerana itu, lengkuas banyak digunakan dalam kebanyakan masakan Asia yang lebih pedas dan panas sifatnya seperti rendang, tomyam dan singgang..

Jelaskan berbezaannya? Jadi jangan tersalah beli dan penggunaannya ye.

Published by
Norasida Myasin