Sebut je limau, ia ada pelbagai jenis. Namun hanya ada tiga jenis limau yang sering digunakan dalam masakan untuk tujuan aroma dan rasa masakan. Ia adalah limau nipis, purut dan  kasturi.  . Nak tahu apa yang membezakan limau-limau ini, baca tip berikut:-

Fizikal Dan Tekstur

Sekali pandang tiga limau, purut, nipis dan kasturi hampir sama, ia berwarna hijau. Tetapi limau purut dan kasturi bewarna hijau lebih pekat berbanding limau nipis hijau muda atau hijau kekuningan.   Dari segi saiz, limau kasturi paling kecil, limau purut dan nipis hampir sama saiznya dan tekstur kulitnya limau purut bergerutu berbeza dengan limau nipis dan kasturi yang lebih licin.

Jumlah Dan Warna Airnya

IKLAN

Bila dibelah kesemuanya hampir sama, tapi jumlah air dan warnanya tidak sama. Limau nipis dan purut, airnya berwarna hijau cerah dan jernih sedangkan limau nipis kasturi hijau kekuningan. Bila diperah jumlah airnya juga berbeza,  Limau kasturi paling banyak, diikuti limau nipis dan  limau purut paling sikit airnya.

 Fungsi Dalam Masakan.

IKLAN

Ketiga-tiga  air limau ini mempunyai rasa  masam, namun rasa masam itu tidak sama.  Limau kasturi lebih masam berbading limau nipis dan purut. Sebab itu limau kasturi lebih banyak dicampur dalam masakan seperti sambal cili atau  rasa sambal kacang segar. Sementara limau nipis dan purut digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan mahupun organ dalaman dicampurkan dalam masakan atau semasa mencuci.

IKLAN

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI