Ads
Home Hobi & Minat Ini Perbezaan Matcha & Green Tea, Warna Sama Rasa Berbeza Ye.

Ini Perbezaan Matcha & Green Tea, Warna Sama Rasa Berbeza Ye.

Ads

Ehh..!  Matcha dengan Green Tea mempunyai rasa serta warna hampir sama dan dihasilkan  dari tumbuhan yang sama itu pokok Camellia Sinesis. Tetapi kenapa kedua-duanya berbeza?  Ia adalah kerana Matcha dan Green Tea dihasilkan melalui proses yang berlainan dan hasil produk yang berbeza.  Berikut info yang RASA kongsikan perzaaan yang membezakan dua produk ini:-

Ini Perbezaan Matcha & Green Tea, Warna Sama Rasa Berbeza Ye.Ini Perbezaan Matcha & Green Tea, Warna Sama Rasa Berbeza Ye.

Bentuk Fizikal:

Ads

Kedua-duanya dihasilkan dari tumbuhan yang sama, tapi hasil selepas diproses menjadikan Matcha dan Green Tea berbeza. Matcha adalah serbuk halus, untuk membuat Matcha daun teh difermentasi selama 20-30 hari sebelum dikeringkan dalam masa yang singkat supaya warna hijau daun tidak pudar. Kemudian ia dikisar menjadi serbuk halus. Sedangkan Green Tea secara mata kasar masih nampak kepingan halus daun teh yang dikeringkan. Sama seperti serbuk biasa yang ada dijual di pasaran.

Ini Perbezaan Matcha & Green Tea, Warna Sama Rasa Berbeza Ye.Ini Perbezaan Matcha & Green Tea, Warna Sama Rasa Berbeza Ye.

Rasa  dan Warna:

Ads

Matcha dan Green Tea, kedua-duanya mempunyai rasa yang tersendiri apabila dibancuh dengan air panas. Namun Matcha cenderung lebih creamy tekstur dan rasanya hampir sama dengan rumpai laut dan boleh dilihat dengan warna hijau segar dan tidak ada aftertaste seperti pahit atau maung selepas meminumnya.  Green Te pula, selepas dibancuh, ia lebih jernih sedikit hijau kekuningan . Sebaik menikmatinya, anda akan mendapatkan sensasi rasa segar yang ringan. Dan selepas meminumnya, anda akan merasa aftertaste yang sedikit kelat dan pahit.

Ads

Cara Pengambilan:
Matcha  boleh diambil dengan pelbagai cara berbanding Green Tea.  Sebagai minuman Matcha boleh dibancuh dengan air panas untuk dijadikan latte atau dicampur bersama susu  dan untuk makanan, Matcha boleh dicampur ke dalam adunan kuih, puding dan juga aiskrim. Sedangkan Green Tea hanya sesuai dinikmati sebagai minuman sahaja.  Ia mesti dibancuh dengan air panas, kemudian dibiarkan teh larut hingga 3-4 minit sebelum ditapis dan dituang ke dalam cawan.  Untuk menikmati rasa secara maksimun, ambilnya tanpa gula, madu atau pemanis lainnya.

Dah tahu perbezaannnya, terpulang pada anda untuk lebih cenderung mengambil Matcha atau Green Tea. Namun kedua-duanya kaya dengan antioksidan yang tinggi.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI