Apa bezanya rempah ratus dan herba  masakan? Bunyi macam sama, kadang-kadang kita guna kedua istilah ini untuk maksud yang sama, rempah ratus disebut bahan penumis dan begitu juga sebaliknya.  Tapi bila diteliti semula baru sedar bahawa ia dua perkara yang berbeza kalau dilihat jenis dan fungsinya dalam masakan.  Bagi mengetahui perbezaan ini dengan lebih jelas, anda perlu baca penjelasan di bawah ini.

Ini Perbezaan Rempah Ratus & Herba Dalam Masakan, Jangan Keliru.

Istilah 

Ads

Bahan ramuan masakan atau disebut juga bumbu, adalah seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, cili daun kunyit, daun  kari dan daun limau purut. Ia dikenali juga sebagai bahan asas dalam masakan dan diguna sebagai penyedap masakan.  Sementara rempah ratus adalah bahan yang mempunyai aroma yang kuat, contohnya kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, ketumbar, jintan, lada hitam dan beberapa  lagi.  Ia tidak termasuk sebagai bahan asas dalam masakan kerana masakan tertentu sahaja ,menggunakan rempah ratus.  Selain digunakan untuk tujuan masak, sebahagian rempah ratus juga  boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan kesihatan.

Ini Perbezaan Rempah Ratus & Herba Dalam Masakan, Jangan Keliru.

Jenis:

Ads

Ramuan masakan ada dua jenis iaitu yang basah dan kering. Yang dikatakan  bahan basah termasuklah  bahan segar, sama ada yang dikisar atau dihiris halus dan sifatnya tidak tahan lama. Ia boleh tahan hingga seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Sementara jenis kering adalah segar yang telah dikeringkan dan dikisar halus seperti serbuk kunyit dan boleh disimpan lebih lama, daun kari atau salam yang dikeringkan. Berbeza dengan bahan penumis, rempah ratus dijual dalam bentuk kering dan  juga telah dijadikan serbuk untuk memudahkan penggunaannya.

 Penggunaan

Ads

Ramuan masakan  sangat penting dalam masakan  kerana ia adalah bahan asas yang memberikan rasa pada makanan dan wajib ada dalam masakan.  Sementara rempah ratus dimasukkan dalam masakan tertentu seperti kari dan sebahagian masakan yang bertumis dan memerlukan rempah ratus untuk membangkitkan aroma.  Ia juga boleh digabungkan dengan bahan ramuan masakan dalam mendapatkan rasa yang lebih sedap.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI