Apa bezanya rempah ratus dan ramuan masakan? Bunyi macam sama, kadang-kadang kita guna kedua istilah ini untuk maksud yang sama, rempah ratus disebut bahan penumis dan begitu juga sebaliknya. Tapi bila diteliti semula baru sedar bahawa ia dua perkara yang berbeza kalau dilihat jenis dan fungsinya dalam masakan. Bagi mengetahui perbezaan ini dengan lebih jelas, anda perlu baca penjelasan di bawah ini.
Istilah
Bahan ramuan masakan atau disebut juga bumbu, adalah seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, cili daun kunyit, daun kari dan daun limau purut. Ia dikenali juga sebagai bahan asas dalam masakan dan diguna sebagai penyedap masakan. Sementara rempah ratus adalah bahan yang mempunyai aroma yang kuat, contohnya kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, ketumbar, jintan, lada hitam dan beberapa lagi. Ia tidak termasuk sebagai bahan asas dalam masakan kerana masakan tertentu sahaja ,menggunakan rempah ratus. Selain digunakan untuk tujuan masak, sebahagian rempah ratus juga boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan kesihatan.
Ads
Jenis:
Ads
Ramuan masakan ada dua jenis iaitu yang basah dan kering. Yang dikatakan bahan basah termasuklah bahan segar, sama ada yang dikisar atau dihiris halus dan sifatnya tidak tahan lama. Ia boleh tahan hingga seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Sementara jenis kering adalah segar yang telah dikeringkan dan dikisar halus seperti serbuk kunyit dan boleh disimpan lebih lama, daun kari atau salam yang dikeringkan. Berbeza dengan bahan penumis, rempah ratus dijual dalam bentuk kering dan juga telah dijadikan serbuk untuk memudahkan penggunaannya.
Ads
Penggunaan
Ramuan masakan sangat penting dalam masakan kerana ia adalah bahan asas yang memberikan rasa pada makanan dan wajib ada dalam masakan. Sementara rempah ratus dimasukkan dalam masakan tertentu seperti kari dan sebahagian masakan yang bertumis dan memerlukan rempah ratus untuk membangkitkan aroma. Ia juga boleh digabungkan dengan bahan ramuan masakan dalam mendapatkan rasa yang lebih sedap.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pasti ramai yang risau jika menggoreng hati dan pedal ayam. Ini kerana, dua benda ini memang akan meletup bila digoreng. Silap percaturan, habis merecik minyak panas di tangan. Oleh yang demikian, ramai yang kurang gemar menyimpan sahaja di dalam peti sejuk atau dibuang. Sayangnya
Ada banyak petua dan cara yang dikongsi ramai untuk mengatasi masalah ni. Ada yang kata kelar dulu, goreng sekali dengan isi ayam dan banyak lagi. Jika anda pernah cuba dan tidak berapa menjadi, usah khuatir kerana ada lagi cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini.
CARA-CARA GORENG HATI & PEDAL AGAR TIDAK MELETUP
Apa yang anda perlukan ialah:
Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.Selamat mencuba!
Bila menggoreng atau menumis biasanya bukan saja dapur, malah ruang tamu sekali akan berbau masakan. Lagi pula jika rumah tiada kitchen hood.
Nak hilangkan bau ini memang ambil masa juga. Selain beli pewangi, ada cara semula jadi boleh kita gunakan untuk nyahkan aroma masakan yang memenuhi ruang rumah selepas memasak.
Caranya, cuma rebus empat bahan berikut dan gunakan sebagai semburan. Waktu merebus bahan ini pun rumah dah berbau harum.
Tip hilangkan bau masakan untuk rumah tiada hood
Bagi rumah yang tiada kitchen hood boleh gunakan tip ini untuk hilangkan bau selepas memasak. Selesai memasak, waktu mengemas dapur boleh terus rebus empat bahan ini.
Bahan-bahannya;
-Lemon
-Rosemary (yang kering pun boleh)
-Cengkih
-Kayu Manis
Rebus dalam 10-15 minit, guna api yang kuat agar wap naik ke seluruh rumah. Kemudian tutup api biar sejuk.
Air rebusan tapis kemudian masuk dalam botol semburan dan boleh digunakan sebagai semburan satu rumah. Baunya segar.
Siapa yang tak sukakan donat gebu dan lembut kan? Paling penting, biarpun sudah lama dibuat ia tetap lembut. Kebanyakan donat memang sedap, tapi bila dah sejuk rasanya dah jadi ‘kureng’. Lepas tu liat pula. Macam mana nak buat donat agar sentiasa gebu walaupun dah lama? Kalau dimakan waktu panas pun sedap, waktu sejuk pun masih best. Resipi RASA ni paling mudah dan tidak mengelirukan. Tak perlu banyak ramuan. Cukup-cukup saja untuk menghasilkan sehingga 20-25 ketul donat gebu-gebu manja!
DONAT GEBU
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar menetga
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
1 paket yis
1 biji telur
CARA MEMBUAT:
Cairkan mentega dan ketepikan. Kemudian larutkan gula dan susu di dalam air suam. Masukkan yis dan sebatikan. Biar selama 10 minit.
Pukul telur dan campurkan bersama mentega cair. Yis akan berbuih-buih pada waktu ini, Campurkan bersama mentega.
Kemudian masukkan kesemuanya ke dalam tepung gandum dan gaul menggunakan senduk kayu. Rehatkan adunan selama 45 minit.
Ambil adunan dan bentuk bulat menggunakan acuan. Biarkan seketika doh yang dah diterap tadi sekali lagi anggaran dalam 5 minit.
Kemudian goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Balik-balikkan sehingga warna donut bertukar keemasan. Bolehlah diangkat.
Salut donut bersama gula atau apa sahaja topping kegemaran anda.
TIP BUAT DONUT GEBU
*Pastikan acuan anda diletakkan sedikit tepung bagi mengelakkan adunan melekat padanya.
* Pastikan yis betul-betul berbuih sebelum dicampur ke dalam adunan.
*Guna air suam untuk bancuh yis. jangan guna air panas kerana ia akan menyebabkan yis mati.
*Setelah doh siap diadun, rehatkan secukupnya bagi memastikan doh kembang.
*Tip mudah untuk menyalut donat dengan gula adalah dengan meletakkannya ke dalam zip lock bag. Kemudian digoncang agar gula rata pada donat.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!