Keliru tentang perbezaan Vegetarian dan Vegan. Bunyinya hampir sama dan kedua-duanya berkaitan tentang gaya hidup atau diet berasaskan tumbuhan. Tetapi terma vegetarian dan vagen merujuk kepada cara makan yang berbeza.
Jika anda ingin tahu, vegetarian merujuk kepada seseorang yang tidak memakan daging binatang dan seafood. Pengamal vegetarian ini pula terbahagi pula kepada tiga jenis,
Lacto- Vegetarian (memakan produk tenusu tetapi tidak makan telur),Ovo-Vegetarian (makan telur tetapi tidak makan produk tenusu) dan Lacto-Ovo-Vagetarian makan kedua-dua produk tenuysi dan telur. ini adalah diet vegetarian yang paling biasa diikuti.
Manakala Vegan, pengamal diet yang langsung tidak mengambil langsung sebarang produk tenusu dan telur, mahupun sebarang makanan yang diproses membabitkan bahan dari binatang. Malah orang Vegan juga tidak akan memakai pakaian yang dibuat dari bulu atau kulit binatang atau produk kecantikan yang telah diuji ke atas binatang.
Sama ada menjadi Vegetarian atau Vegan memang baik untuk kesihatan kerana tidak mengambil daging yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes. Namun bukan mudah untuk mengubah gaya hidup tanpa ada kesungguhan. Apa lagi sudah biasa dengan lauk pauk yang sedap.