Sedapnya Asam Tempoyak Ikan Patin yang dihidangkan oleh Datin Sukma, sampai hirup kuah. Cukup asam garam dan pedasnya. Memang boleh buat sesiapa yang menikmatinya ketagih. Tambah menarik personaliti bertubuh kecil molek ini tak kedekut kongsi tip macam masak tempoyak ikan patin.
“Saya belajar masak Asam Tempoyak Patin dengan mak mentua. Dia memang pakar masak tempoyak dan pernah buka restoran di Temerloh. Dia juga ajar macam mana nak hilangkan hanyir ikan patin ni. Selain cuci dengan air asam limau atau tepung, ada satu benang halus dalam isi ikan patin yang mesti dibuang kerana benang halus itulah yang menyebabkan ia ikan itu hanyir. Perkara ini ramai orang tak tau, Alhamdulillah dengan tunjuk ajar mak mentua, bolehlah saya masak Asam Tempoyak Patin,” ujar Datin Sukma turut memberitahu bahawa ikan patin juga enak dimasak dengan menu asam pedas.
Kalau korang nak tau, Datin Sukma bukan hanya hidangkan kami dengan Ikan Patin Masak Tempoyak, tetapi juga Rendang Daging Berempah Pahang kesukaan suaminya dan sambal sotong. Memang terbaik rasanya. Terima kasih Datin Sukma kerana sudi menerima kunjungan RASA.
Korang yang nak cuba tiga menu Datin Sukma, berikut resipinya, atau boleh dapatkan Majalah RASA terbaru di pasaran sekarang.
IKAN PATIN ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 ekor ikan patin | lebih kurang 500-600gm
Garam dan gula secukup rasa
3-4 tangkai daun kesum
Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
2 sudu makan tempoyak
10 biji cili padi
2 biji cili merah
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Ikan patin di potong tiga atau empat bahagian.
Cuci dengan tepung kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama dengan bahan kisar.
Kacau rata, kemudian renehkan atas api sederhana.
Setelah mendidih, masukkan ikan dan daun kesum.
Biarkan terus mereneh dan ikan masak baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila cukup rasa dan kuah sedikit pekat. Tutup api.
Sedia dihidangkan.
RENDANG DAGING BEREMPAH PAHANG:
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis
700ml santan
4 sudu makan kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan kicap pekat
3cm kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
3 batang serai | titik
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis bersama daun kari dan serai titik, kemudian masukkan bahan kisar.
Kacau rata hingga wangi, baru masukkan pes cili kering.
Setelah pencah minyak masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Kemudian masukkan daging, kacau rata hingga daging bertukar warna dan air daging kering.
Masukkan santan, asam gelugor, kacau rata dan biarkan ia mereneh.
Renehkan atas api sederhana, sekali sekala kacau.
Apabila kuah pekat, masukkan kerisik, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak dan daging empuk.
Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong saiz besar | buang kulit ari dan cuci bersih
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
Ads
3 biji cili merah
8 biji cili padi
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan terus tumis hingga wangi.
Kemudian masukkan sotong, kacau rata hingga sotong kecut.
Seterusnya perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata dan apabila air sotong kering, tutup api.
Sambal sotong sedia dihidangkan panas-panas.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang sedap dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja. Sekelip mata habis licin satu pinggan. Mari kita cuba resipi Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ini. Kalau ada yang tak suka bendi berair, boleh ikut resipi ini dijamin bendi tidak akan berair lagi. Selamat mencuba!
RESEPI BENDI GORENG TUMIS BELACAN BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
Bendi Udang 1 sudu besar serbuk belacan –beli online 1 sudu kecil serbuk perasa ½ sudu kecil serbuk kunyit – beli online Minyak masak secukupnya – beli online
*4 ulas bawang putih –beli online *1 biji bawang merah *4 biji cili padi merah *1 biji cili merah –beli online *1 biji tomato
*Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi , masak sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan udang dan masakkan ia seketika.
3. Masukkan serbuk belacan, serbuk perasa dan serbuk kunyit kemudian gaulkan.
4. Masukkan bendi, goreng dan gaulkan sehingga sebati (goreng 3 minit)
5. Angkat dan siap untuk dihidang.
NOTA: Cara untuk bendi tidak berlendir, cuci dan toskan bendi kemudian barulah dipotong.
Jika kesuntukan masa, menu lauk telur adalah antara yang paling mudah dan cepat untuk dimasak. Malah rasanya juga enak dan digemari ramai. Jika kebiasaannya anda masak lauk telur goreng mata kerbau, telur dadar atau telur sambal, apa kata kali ni ubah selera dengan mencuba resipi-resipi yang RASA kongsikan ni. Mudah, sedap dan sesuai untuk hidangan keluarga.
KOLEKSI RESIPI LAUK TELUR SEDAP & MUDAH
1. SARDIN TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
Sedikit cili benggala | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji buah tomato | dadu halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 biji bawang putih | cincang halus
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
BAHAN TELUR DADAR:
2 -3 biji telur
Secubit garam
Secubit serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Hancurkan isi sardin dalam mangkuk. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah kuah kering, tutup api.
Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi.
Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
Angkat dan lauk telur ini sedia untuk dihidangkan.
2. TAUHU GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu | potong dadu
1/2 cawan tepung jagung
1 biji putih telur | kacau
1 biji kuning telur masin | lenyek hingga halus
Garam dan gula secukup rasa
Air sejuk secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung bersama telur masin dan tambahkan sedikit garam dan gula. Gaul rata.
Bancuhkan dengan sedikit air dan masukkan putih telur.kacau rata hingga menjadi bacuhan yang tidak terlalu pekat atau cair.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian celupkan tauhu dalam bancuhan tepung kemudian goreng tauhu hingga kekuningan.
Angka dan sedia dihidangkan.
3. SAMBAL BILIS TUMBUK PECAH TELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dibelah dua
2 biji telur
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
Kisar kasar cili, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis menggunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan terus kacau hingga garing.
Setelah cukup rasa, pecahkan telur di dalamnya dan kacau rata hingga sebati.
Tutup api, angkat dan sambal sedia dihidangkan.
4. SUP TELUR ITIK BERSAMA FUCUK
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur itik
1 keping fucuk | rendam
Sedikit suhun | rendam
Sedikit hirisan sawi
Sedikit hirisan lobak merah
2-3 keping cendawan hitam
3 ulas bawang putih | titik
4 ulas bawang merah | titik
3 hirisan halia muda
4-5 biji cili padi | titik
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh perencah sup sayur
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.
Setelah mendidih, kecilkkan api masukkan telur satu persatu.
Setelah telur mula mengeras, masukkan lobak merah, cendawan, fucuk, suhun, cendawan dan sawi.
Kemudian perasakan dengan perencah sup sayur, lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, dan sup sedia dihidangkan.
5. SAMBAL TELUR PUYUH DENGAN TAUHU
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh | rebus dan kupas kulit
1 keping tauhu | potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4-5 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukup untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 hiris halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng telur puyuh hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.
Kemudian goreng pula tauhu. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar, hingga wangi.
Masukkan pes cili bersama air asam jawa. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan telur puyuh dan tauhu tadi. Gaul rata.
Perasakan dengan garam, gula dan sos cili secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
6. TAUHU TELUR GORENG DAGING CINCANG
BAHAN-BAHAN:
3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.
200gm daging kisar
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang Holland | dadu halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
2 cm halia muda | cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.
Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api, dan biarkan mereneh seketika.
Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya. Tauhu sedia dihidangkan.
7. KURMA TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur ayam | rebus dan kupas kulitnya
200ml santan kotak
1 cawan air
2 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 biji ubi kentang | buang kulit dan belah empat
1/2 batang lobak merah | potong memanjang
2 biji cili hijau | belah dua
2 biji cili merah | belah dua
1 biji bawang holand | belah empat
1 biji tomato | belah empat
1 keping asam gelugor
Sedikit daun ketumbar | hiris kasar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia muda
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Cucuk telur rebus dengan garpu, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan serbuk ketumbar dan dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan kentang dan lobak merah, asam gelugor serta air Setelah mendidih, masukkan santan dan telur.
Kecilkan api, dan perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
Setelah kuah pekat. Masaukkan hirisan bawang besar, tomato serta cili hijau dan merah. Kacau seketika dan masukkan daun ketumbar.
Tutup api dan kurma telur sedia dihidangkan.
8. ASAM TUMIS TELUR MASIN DENGAN SAWI JERUK
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur masin | bersihkan
1 pokok sawi jeruk | asingkan dari kelopak
3 tangkai daun kesum
1/2 cawan air asam jawa
5 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
3 cawan air
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 hiris halia
2cm kunyit hidup
2cm belacan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk , tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak. Masukkan air dan biarkan hingga kuah mereneh.
Seterusnya masukkan air asam jawa dan daun kesum. Kecilkan api, kemudian pecah telur masin ke dalam kuah sebiji-sebiji.
Setelah telur mengeras, masukkan sawi jeruk. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila cukup rasa dan telur masak sepenuhnya. Tutup api.
Asam Pedas sedia dihidangkan.
9. SUP TELUR BERSAMA JEJARI KETAM
BAHAN-BAHAN:
3-4 biji telur
3 keping cendawan hitam | rendam dan toskan
4 batang jejari ketam | siat memanjang
1/2 sudu makan serbuk sup sayur
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2 hirisan halia muda
Garam dan gula secukup rasa
3 cawan air
1 sudu makan hirisan daun bawang
1 sudu makan hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan batang seleri
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Didihkan di atas dapur dengan api sederhana. Setelah mendidih masukkan jejari ketam dan cendawan.
Seterusnya perasakan dengan serbuk sup sayur, serbuk perasa ayam, lada sulah,garam dan sedikit gula secukup rasa. Setelah cukup rasa. Tutup api.
Sementara itu isikan air dalam kuali non-stick. Renehkan.
Setelah mereneh, kecilkan api dan pecahkan telur di dalamnya.
Setelah telur membeku, angkat dengan penapis masukkan dalam periuk sup. Lakukan hingga telur habis telur.
Setelah siap, masukkan sup dalam mangkuk. Hias di atasnya dengan daun bawang dan bawang goreng.
Sup telur sedia dihidangkan.
10. KARI TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur |rebus dan buang kulit
700ml santan
1/2 cawan air asam jawa
3 biji kentang | belah empat
2 biji cili hijau | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji tomato | belah enam
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
REMPAH PENUMIS:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS HALUS:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis dengan bahan hiris halus hingga wangi.
Seterusnya masukkan bahan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili dan kunyit.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang.
Tambah sedikit air, biarkan kentang empuk.
Setelah kentang empuk masukkan pula santan dan telur.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan lauk telur ini sedia dihidangkan.