Kalau anda kerap hadapi masalah goreng kentang tapi lepas digoreng kentang tidak ranggup, tak sedap dan berminyak. Jangan risau, kali ini RASA kongsikan tip mudah macam mana nak jadikan kentang goreng rangup dan sedap. Macam kentang goreng kat restoran makanan segera.
Ikut je cara ni gerenti kentang goreng jadi lebih ranggup dan sedap.
- Pilih kentang yang elok, takda bahagian yang busuk, kulit licin, tidak berlekuk-lekuk mahupun ada kesan hitam atau tunas kentang pada kulit.
- Rendam kentang yang telah dikupas, potong dan rendam dalam air sejuk lebih kurang 30 minit. Tujuannya supaya kentang segar.
- Selepas ditoskan air, taburkan sedikit tepung jagung di atas kentang supaya menyerap kelembapan kentang.
- Goreng menggunakan minyak banyak dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng kentang.
Senangkan? Lepas ni boleh cuba dan bila rasa lapar takda kudapan buat je sendiri. Lebih jimat dan sihat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kopi Hijau VS Kopi Biasa, Mana Pilihan Lebih Sihat?
Kebelakangan ini kopi hijau atau green coffee sering menjadi trending dan boleh didapati dalam menu kafe. Ia sering dikaitkan dengan penurunan berat badan hinggalah kepada penawar penyakit di kalangan penggemar kopi. Jadi apa sebenarnya beza kopi hijau dengan kopi hitam biasa.
.
Bukankah keduanya dibuat daripada biji kopi yang sama. Sempena International Coffee Day hari ini jom kita ambil tahu lebih lanjut dan semak semak fakta berikut.
PERBEZAAN KOPI HIJAU BERBANDING KOPI BIASA
Perbedaan green cofee dibanding dengan kopi biasa
1. Kafein dari kopi hijau lebih sedikit
.
Daripada segi perbezaan kopi hijau dan kopi biasa, yang membezakankan hanyalah proses pemanggangan dan kandungan khasiatnya. Pada kandungan kopi hijau, kandungan kafeinnyalebih rendah kerana tidak melalui proses pemanggangan sehingga menyebabkan kafein lebih sedikit.
2. Kandungan kopi hijau lebih kaya daripada kopi biasa
.
Biji kopi hijau yang tidak dipanggang juga mengandung polifenol dan asid klorogenat, seperti ekstrak biji anggur dan teh hijau. Kandungan di dalam kopi hijau dan kopi biasanya umumnya sama. Sama-sama memiliki zat antioksidan yang membantu tubuh meneutralkan zat radikal bebas berbahaya.
Asid klorogenat dapat hancur ketika biji kopi hijau dipanggang, sementara biji kopi hijau tidak dipanggang, sehingga paras kandungan asid klorogenatnya lebih tinggi. Zat klorogenat ini juga berfungsi untuk meningkatkan daya metabolisme hati dan untuk membakar lemak.
3. Biji kopi hijau lebih berkhasiat dalam menurunkan berat badan
Perbezaan lainnya adalah zat klorogenat dalam kopi hijau ini juga menjadikan tubuh lambat dalam menyerap lemak sehingga dapat membantu proses penurunan berat badan. Manfaat lainnya ia juga dapat menjaga kandungan gula darah dalam tubuh agar seimbang dan mencegah terjadinya tekanan darah tinggi dalam tubuh.
Jadi, lebih sihat green coffee atau kopi hitam biasa?
.
Pada dasarnya, semua biji kopi sendiri mengandung kafein yang sama banyaknya (jika dipanggang). Kopi biasa, mengandung sekitar 100 mg kafein per cawan, sedangkan pada biji kopi hijau hanya mengandung kafein sebesar 14-60 mg per cangkir.
Jika dilihat dari kandungan kafeinnya, tentu yang lebih baik adalah kopi hijau. Namun, terpulang kepada selera dan kondisi keperluan kafein masing-masing.
.
Jika anda penggemar pelbagai jenis kopi seeloknya apa jua jenis kopi atau minuman tidak diambil secara berlebihan kerana lumrah sesuatu yang berlebihan memang tidak baik bagi tubuh anda.
Kredit : Hellosehat.com
INGIN MENCARI PILIHAN KOPI TERBAIK, JOM LAYARI LINK DI BAWAH INI :
PILIHAN KOPI HIJAU, DI SINI,
DAN JUGA SERBUK KOPI DI SINI
SERTA BIJI KOPI DI SINI
ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
Mengapa Penting Minum Kopi Di Waktu Yang Tepat, Ni Jawapannya…
13 Kopi Aroma Super Lazat Luar Negara. Lain Negara Lain Cara Bancuhannya.
Roti Kopi Harum Semerbak & Taburan Cip Coklat Versi Seperti Kedai Bakery Popular
Cara Halau Lipas, Tikus & Semut Hanya Guna Kulit Telur.
Selalunya kalau masak telur mesti kita akan buang sahaja kulitnya tapi mesti tidak sangka yang kulit telur ada fungsinya. Lepas ni jangan buang! Ia boleh dijadikan racun untuk menghalau serangga atau binatang kecil seperti tikus, lipas dan semut merayap mencari makanan di dalam dapur anda. Namun racun ni selamat dan tidak berbahaya. Jadi sesuai sangat guna di kawasan dapur.
Petua mudah ini dikongsi oleh saudari Abel Lione Karia melalui akaun facebook.
Syukur Alhamdulilah… hari ini saya nak berkongsi petua untuk halau segala benda merayap sekitar rumah hanya menggunakn kulit telur.. kita banyak gunakan telur kan?? tapi terus buang kulitnya. ok sekarang jangan buang sebab ia sangat berguna untuk djadikan ubat halau benda yang menjadi perosak contohnya lipas, semut, lipan, anai-anai, tikus dan ular serta yangg sewaktu denganya. Saya sudah cuba buat Alhamdulilah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur sudah tak ada. Saya letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur.
CARA MUDAH MEMBUAT ‘RACUN SELAMAT’ UNTUK HALAU SERANGGA PEROSAK
1. Cuci bersih kulit telur yang sudah tidak digunakan. Selepas itu jemur sampai kering.
2. Kemudian kulit telur ditumbuk halus.
3. Simpan dalam botol untuk djadikan stok racun kepada perosak disekitar rumah nanti.
INFO: Hanya taburkan serbuk telur dikawasan yang menjadi laluan serangga atau binatang kecil.
KREDIT PETUA & FOTO: Abel Lione Karia
ANDA MUNGKIN SUKA PETUA INI:
7 Cara Buat Dendeng Daging Sedap & Empuk, Korang Boleh Cuba Ni.
Kalau anda suka masakan Minang, dah tentu suka dengan Dendeng Daging Minang yang garing dan pedas, sekali cuba gerenti ketagih. Bila ketagih kenalah buat sendiri kerana tidak banyak restoran yang menyediakan dendeng daging garing bercili ini. Oleh itu, RASA akan kongsikan bagaimana cara membuat dendeng daging yang garing, pedas dan empuk.
Rebus Daging
Daging batang pinang adalah bahagian daging paling baik, cuci bersih kemudian gaulkan dengan bahan kisar (bawnag putih. Halia dan buah keras). Kemudian rebus dengan air. Jika ingin lebih cepat empuk, rebusnya menggunakan air kelapa. Jangan lupa untuk lebih aroma dan perisa tambahkan lengkuas titik, daun salam, serbuk ketumbar, buah pala dan lada sulah. Rebus daging hingga empuk.
Simpan Air Rebusan
Setelah empuk, toskan daging dan simpan air rebusan tersebut untuk kegunaan semasa memasak dendeng nanti.
Hiris Nipis & Ketuk Daging Menjadi Nipis
Hiris nipis daging dengan cara melawan ira daging.
Ketuk Atau Tumbuk Daging Hingga Nipis
Ketuk menggunakan pengetuk daging atau anak lesung. Cara ini akan menjadikan daging lebih empuk dan mudah menyerap bahan perapan dan tumisan nanti. .
Goreng Daging Sekadar Berubah Warna
Walaupun dendeng daging jenis basah tetapi daging perlu digoreng untuk mendapatkan tekstur luar yang garing untuk rasa lebih sedap. Oleh itu, goreng seketika daging dalam minyak panas yang banyak, cukup sekadar bertukar warna sahaja, kemudian angkat dan toskan.
Cili Merah & Bawang Merah Dikisar Kasar
Sebaiknya, gunakan campuran cili merah dan cili kering. Ia dicampur dengan bawang merah yang kemudiannya dikisar kasar menggunakan pengisar kering atau tumbuk kasar dengan lesung batu.
Tumis Hingga Garing & Wangi
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar ini hingga garing dan wangi, kemudian tambahkan seddikit air asam jawa dan sedikit air rebusan daging tadi. Kemudian kacau rata hingga sebati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan daging. Gaul rata hingga garing dan tutup api.
DENDENG DAGINGBAHAN-BAHAN:
- 250gm daging batang pinang
- 8 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 4 tangkai cili kering
- 300ml air kelapa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR: - 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih daging lalu gaulkan dengan bahan kisar. Perap seketika.
2. Didihkan air kelapa, kemudian masukkan daging dan rebus hingga empuk, tambah air jika belum empuk.
3. Sementara tunggu daging empuk kisar kasar cili dan bawang merah tadi. Ketepikan.
4. Setelah daging empuk, hiris nipis dan tumbuk hingga nipis.
5. Panaskan minyak, goreng seketika daging, sekadar bertukar warna sahaja.
6. Keluarkan daging, tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
7. Tambahkan sedikit air asam dan air rebusan daging.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan daging.
9. Gaul rata dan tutup api. Dendeng daging sedia dihidangkan.