Ini Rahsia Inti Tauhu Bergedil Jadi Lebih Sedap

Share

Tauhu Bergedil memang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang nak tahu cara buat inti Tauhu Bergedil yang sedap. Mudah dan tidak guna banyak bahan. Kosnya pun tak mahal. Nampak menyelerakan. Ada pula Sambal Kicap berapi. Fuhhh…. Sedapkan? Nak lagi sedap, petuanya ialah intinya harus digoreng dan kemudiannya barulah ditumbuk. Lagi padu tau rasanya. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI TAUHU BERGEDIL HOMEMADE YANG SANGAT SEDAP

BAHAN INTI TAUHU:

  • Ubi kentang – potong nipis 
  • Bawang merah – hiris 
  • Bawang putih – hiris 
  • Daging cincang secukupnya – ditumis berasingan hingga masak
  • Tauhu Pok
  • MAGGI®️ CukupRasa secukupnya
  • Daun bawang /daun sup
  • Lada sulah secukupnya
  • Minyak masak
  • 3-4 biji telur

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu dan kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
  2. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam bersih. Kemudian tumbuk halus.
  3. Seterusnya tumis daging cincang yang telah ditumis, MAGGI®️
    CukupRasa, lada sulah, daun sup@daun bawang. Tumbuk sekali lagi.
  4. Ambil tauhu pok, potong sedikit permukaan atas dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.
  5. Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng), pukul dengan sedikit MAGGI®️ CukupRasa. Ketepikan.
  6. Celup Tauhu Pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.
  7. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang.

 

PETUA: Untuk menghasilkan Tauhu Bergedil yang lebih enak, intinya perlu digoreng terlebih dahulu. Kemudian barulah ditumbuk halus. Lebih enak berbanding inti yang direbus. 

 

Kredit gambar: Shutterstock

 

Published by
Team Rasa