Tidak kira kerabu, somtam, kerabu sotong atau salad Thai, ia mesti sedap, cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Kalau nak tahu rahsianya, ini RASA kongsikan tip dan satu resipi kerabu sotong yang ringkas, 15 minit siap dan gerenti super sedap.
Menggunakan Bahan Segar.
Semua jenis kerabu atau salad Thai, hanya menggunakan segar termasuklah sayuran, cili, buah-buahan, seafood, daging dan isi ayam yang segar. Kesegaran ini akan memberikan rasa asli bahan dan aroma yang menyelerakan.
Masak Sekejap Je.
Jika menggunakan seafood, pastikan ia dibersihkan dan dicelur tidak lebih dari lima minit, kemudian tos sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Begitu juga jika menggunakan daging panggang atau rebus, elakkan dari terlalu lama panggang atau rebus. Untuk daging lebih baik jika dihiris nipis selepas dipanggang.
Sos Dibancuh Secara Berasingan
Semua bahan sos seperti jus limau, cuka garam, sos cili atau apa juga sos secara berasingan. Bancuh hingga cukup rasa dan simpan dalam peti sejuk. Gunakan apabila kerabu sedia untuk dihidangkan.
Segera Dihidangkan
Apapun jenis kerabu atau salad, selepas digaul dengan sos, ia perlu segera dihidangkan. Jika tetamu lewat, sebaiknya wrap mangkuk dan simpan kerabu dalam peti sejuk.
Penyedap Rasa Unik
Satu-satunya keistimewaan kerabu atau salad Thai, ia menggunakan campuran empat penyedap rasa yang unik iaitu, daun ketumbar, daun limau purut, cili padi dan jus limau nipis.
Untuk memastikan tip anda menjadi, berikut diserta resipi Kerabu Sotong Ala Thai yang sedap dan hanya ambil masa 15 saja siap.
KERABU SOTONG DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: