Teringin nak makan daging tapi nak masak cepat, maka pilihan menu adalah daging yang bergoreng atau tumis. Dua cara masak ini 10-15 minit boleh siap, tapi ramai yang komen tekstur daging liat atau keras. Untuk mengelakkan daging keras atau liat, korang baca info yang RASA kongsikan ini, ia boleh membantu menyelesaikan masalah dan menjadikan masakan lebih sedap.
Hiris Nipis-Nipis
Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.
Ads
Jangan Cuci Daging Selepas Dihiris
Cuci daging semasa dalam buku besar, kemudian lap dengan tisu dapur sebelum dihiris. Selepas dihiris, jangan cuci, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika di masak.
Perap
Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula. Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.
Ads
Masak Sekejap
Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 3-5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat. Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.
Ads
Diharapkan dengan tip ini daging yang anda tumis atau goreng bukan hanya tidak liat tetapi juga lebih cepat dan sedap. Tak tau nak masak daging dengan resipi apa, jangan risau RASA turut kongsikan dua resipinya di sini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sudah banyak petua yang telah dikongsikan tetapi petua ini sangat jarang didengar, secara kebetulan kisah ini membuatkan segelintir telah mencuba petua ini dan ianya menjadi.. Cubalah.
PETUA YANG DITEMUI SECARA KEBETULAN
Al kisah zaman dahulu, ada seorang wanita terjatuh beberapa bunga cengkih dalam periuk nasi yang nak dimasak untuk keluarga. Lepas masak dan satu keluarga makan, nasi tu tak abis dan dibiarkan atas dapur sampai esoknya. Selalunya, keesokan paginya, nasi tersebut akan basi tapi anehnya nasi tu masih elok. Dia pun rasa dan ternyata tidak basi. Lepas diingat-ingat kembali barulah perasan yang dia terjatuh beberapa butir bunga cengkih ketika masak nasik.
CARA BUAT NASI LAMBAT BASI
Ada masalah nasi cepat basi? Dah tukar macam-macam jenis beras pun masih cepat basi juga? Mungkin dah sampai masa untuk anda tukar periuk nasi kot.
Mesti runsing kan bila kena hadap masalah macam ni. Okay harini kai nak kongsikan dengan anda satu petua untuk mengelakkan nasi daripada cepat basi.
1. Ambil sedikit bunga cengkih lebih kurang dalam 2 hingga tiga tangkai bersama dengan secubit garam.
2. Kemudian campurkan ke dalam beras yang hendak dibasuh.
3. Basuh beras seperti biasa.
4. Tanak juga seperti biasa sehingga masak.
Hasilnya nanti anda akan dapat nasi yang wangi dan tahan lebih lama. Selamat mencuba. KONGSIKAN.
Ada pelbagai label berbeza untuk menyatakan jangka hayat sesuatu produk terutamanya makanan. Biasanya ada tiga label atau tag yang biasa digunakan : BEST BEFORE, USE BY, & EXPIRY DATE.
Jom semak fakta yang dikongsikan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan dalam FB mereka. Ni penting bagi memastikan anda tidak terkeliru dan faham dengan lebih jelas lagi.
BEST BEFORE
Kebiasaannya label ‘BEST BEFORE’ ada pada makanan yang dibungkus segar selama 90 hari atau kurang. Ianya juga dilabelkan ‘best before’ sekiranya makanan atau item tersebut dibungkus di tempat lain dan bukannya dijual terus di kedai tempat produk tersebut dibeli .
Kesegaran makanan selepas tarikh ‘best before’ akan berkurangan bergantung kepada cara penyimpanan produk. Contohnya roti.
Maka, ‘best before’ memberikan info mudah : selepas tarikh ini; kesegaran, rasa , nutrisi malah tekstur makanan boleh berubah .
USE BEFORE
‘USE BEFORE’ : Tidak boleh di makan selepas tarikh dicetak. Peniaga juga tidak boleh menjual barangan yang melebihi tarikh ‘use before’.
USE BY
‘USE BY’ : Masih boleh dimakan namun kualiti dan kesegaran makanan sudah berkurangan. Masih boleh dijual atau dipamerkan di atas rak jualan .
EXPIRY DATE
EXPIRY DATE’ selalu boleh dilihat pada produk seperti cecair formula, suplemen dan susu formula bayi. Selepas tarikh luput, produk tersebut sudah tidak mempunyai nutrisi yang sama seperti pada label. Ianya tidak boleh di makan serta perlu dibuang .
Sumber : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan
Aduh buntu dibuatnya memikirkan cara untuk menghilangkan kesan minyak pada bekas-bekas plastik. Memang susah nak hilang. Berkali-kali cuci pun masih ada kesan minyak tersebut. Rupa-rupanya, kesan minyak ini boleh hilang dengan hanya menggunakan garam dan sabun pencuci pinggan. Petua ini dikogsi oleh Puan Hafiza Zanuddin. Menurut beliau, tip ini digunakan untuk menjimatkan penggunaan sabun pencuci pinggan. Tak sangka rupanya ia berkesan untuk menghilangkan kesan minyak yang susah untuk ditanggalkan.
TIP HILANGKAN KESAN MINYAK PADA BEKAS PLASTIK
1. Masukkan sedikit sabun pencuci pinggan dan tambahkan sesudu garam dalam bekas pencuci.
2. Inilah hasil campuran sabun pencuci pinggan dan garam.
3. Kemudian, cuci dengan span seperti biasa. Tak perlu rendam, memang sangat mudah kotoran tertanggal.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira