Ini Rahsia Masak Sekejap, Tapi Tak Liat.

Share

Teringin nak makan daging tapi nak masak cepat, maka pilihan menu adalah daging yang bergoreng atau tumis. Dua cara masak ini 10-15 minit boleh siap, tapi ramai yang komen tekstur daging liat atau keras. Untuk mengelakkan daging keras atau liat, korang baca info yang RASA kongsikan ini,  ia boleh membantu menyelesaikan masalah dan menjadikan masakan lebih sedap.

Hiris Nipis-Nipis

Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.

Jangan Cuci Daging Selepas Dihiris

Cuci daging semasa dalam buku besar, kemudian lap dengan tisu dapur sebelum dihiris.  Selepas dihiris, jangan cuci, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika di masak.

Perap

Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran  bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula.  Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.

 

Masak Sekejap

Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 3-5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat.  Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.

Diharapkan dengan tip ini daging yang anda tumis atau goreng bukan hanya tidak liat tetapi juga lebih cepat dan sedap.  Tak tau nak masak daging dengan resipi apa, jangan risau RASA turut kongsikan dua resipinya di sini.

 

 

Published by
Norasida Myasin