Nak tau apa rahsia, kesedapan Mi Celup ini? Ia bergantung kepada sup yang disediakan kerana bahan-bahan lain hanya sekadar bahan isian pelengkap rasa. Kali ini Cikgu Afy Al Habibi tidak kedekut berkongsi ilmu dalam menyediakan sup mi celup yang menjadi kesukaan ramai bila mengunjungi restoran atau gerai makanan Siam atau Kelantan. Tak sangka, kita pun boleh sediakan sendiri di rumah. Berikut cikgu kongsikan resipinya.
RESEPI MI CELUP KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SUP:
Air secukupnya | jika kurang boleh tambah
Daging secukupnya | cuci bersih , kemudian tos dan jangan hiris
Tulang secukupnya | cuci bersih dan tos
Perut secukupnya | dibersihkan dan tos
1 keping dada ayam | bersih dan tos
1 sup bunjut
3 pokok akar ketumbar
Segenggam tauge
BAHAN PERASA SUP:
1 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos ikan
BAHAN ISIAN ANEKA MI:
Mi
Kuetiau
Mi Segera
Bihun
Kangkung secukupnya
Tauge secukupnya
BAHAN PENYEDAP RASA TAMBAHAN:
Gula secukupnya
Garam halus secukupnya
Kacang tanah goreng dan ditumbuk kasar
Air lada
Bawang goreng
Bawang putih goreng
Cili siap jeruk
Sos ikan
Serbuk cili flakes
Limau nipis | hiris
Daun sup | hiris
Serbuk lada sulah
CARA MEMBUAT:
- Masukkan daging, tulang, sup bunjut dan tulang dalam periuk , masak hingga daging separuh empuk. Jika kurang air tambah lagi, ikut keperluan.
- Masukkan pula perut dan isi ayam dan perasakan dengan sedikit garam ( sup tidak perlu masin) kerana semasa menghidang akan ditambah bahan sampingan lain.
- Setelah isi ayam dan perut masak. Keluarkan dan toskan.
- Kemudian tambah ke dalam kuah sup, kicap lemak manis, kicap pekat dan sos ikan (tiga bahan perasa ini boleh kurang atau lebih, ikut kesesuaian kuantiti sup).
- Masukkan segenggem tauge (untuk kelainan rasa sup)
- Terus renehkan sup dengan api perlahan.
- Daging yang dikeluarkan tadi dihiris nipis dan masukkan ke dalam bekas.
- Isi ayam digoreng seketika dahulu, untuk rasa lebih sedap, kemudian carik-carik kasar dan masukkan dalam bekas. Perut dihiris kecil memanjang dan masukkan dalam bekas.
- Untuk menyediakan mi, kuetiaw, mi, bihun atau mi segera, renehkan air dan celur sekejap dan toskan.
- Kemudian celur pula kangkong dan tauge dengan celur angkat (tidak lama) dan toskan untuk kekalkan kerangupannya. (Untuk kekalkan kerangupan dan warna kangkong yang dicelur rendam dalam air sejuk).
- Akhir sekali sediakan cara menghidangkannya, masukkan mi/kuetiau, bihun, mi segera atau bubur nasi dalam mangkuk. Tuangkan kuah sup yang panas-panas ke dalamnya. Masukkan hirisan daging, perut dan isi ayam.
- Kemudian lengkapkan dengan tambahankan serba sedidkit dengan penyedap rasa lain yang telah disediakan tadi.
Mi Celup sedia dihidangkan.
SUMBER: AFY AL HABIBI