Ini Rahsia ‘Super’ Sedap Resipi Cencaru Belah Belakang

Share

Resipi sedap dan mudah untuk Cencaru Belah Belakang. Menjadi antara menu favourite ketika makan tengahari atau makan malam. Memang boleh bangkit selera.

Menerusi perkongsian daripada Sinar Syafiq, resipi ini daripada arwah maktoknya sehingga dia mampu untuk buat niaga.

 

CENCARU BELAH BELAKANG

BAHAN UTAMA:

5 ekor ikan cencaru (saiz sedang, jangan besar sangt nanti tak sedap) *siang belah kiri dan kanan di belakang, kemudian gaul garam & kuyit

TONTON Danish Cinnamon Cheese

TONTON Kuah Rojak Mi Bersama Zabedah Jambeli

BAHAN KISAR HALUS:

1 genggam cili kering | rebus dulu sebab sambal ni tak tumis dah ya – beli online di sini
1 biji bawang besar – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
1 batang serai – beli online di sini
1 inci belacan – beli online di sini
*kisar halus semua dengan sedikit air

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN LAIN:

2 bawang besar | dihiris
2 sudu besar gula – beli online di sini
Asam jawa – beli online di sini

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MASAK:

1. Masukkan bahan kisar tadi dalam bekas. Masukkan bawang besar yang sudah dihiris dan gula. Kacau-kacau.
2. Kalau pedas, boleh tambah gula ya. Jangan lupa masukkan garam secukupnya dan asam jawa (masukkan dengan biji sekali, ini cara saya buat)


3. Gaul rata bahan-bahan tadi. Ambil ikan, sumbat sambal di kiri dan kanan ikan yang dibelah.


4. Goreng dengan minyak panas sampai masak dan garing macam dalam gambar.
5. Akhir sekali, lebihan sambal tadi masukkan ke dalam minyak terus. Tutup api, tuangkan minyak atas ikan yang dah siap digoreng.

Kredit resipi: Sinar Syafiq

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff