Antara aktiviti menyeronokkan untuk dibuat bersama anak adalah membuat biskut. Salah satu biskut yang senang dibuat adalah biskut cornflakes. Tak perlu nak guna acuan. Boleh kepal-kepal dengan tangan je. Nak buat pun senang. RASA berikan resipi yang paling lejen untuk buat biskut ni.
BISKUT CORNFLAKES RANGUP
BAHAN-BAHAN
- 3/4 cawan gula kastor
- 200 gram mentega (suhu bilik)
- 1 biji kuning telur ayam
- 1 3/4 cawan tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
- 1/4 cawan tepung jagung
- 2 cawan cornflakes (ramas kasar)
- 1/2 sudu teh baking powder
CARA MEMBUAT
- Pukul gula dan mentega sampai kembang. Kemudian masukkan kuning telur ayam.
- Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sebati.
- Masukkan cornflakes dan baking powder. Gaul lagi.
- Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 darjah selama 10 minit.
- Sapu nipis permukaan loyang dengan mentega.
- Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis.
- Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah.
Selamat mencuba!
Nota: Boleh tambah coklat cip atau ceri jika suka.
Kongsi resipi: Shahira Sharif