Ini Rupanya Cara Masak Sup Ikan Yang Sedap & Tidak Hanyir

Share

Sup ikan merah memang sedap, lebih-lebih lagi jika dimakan ketika waktu hujan. Memang layan. Aroma sup ikan sahaja sudah mampu membangkit selera. Satu masalah yang dihadapi adalah bau hanyir ikan. Itu yang selalu potong selera. Tapi jangan risau, cuba ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Azleen Abdullah ini. Hilang rasa hanyir, pinggan pun licin. Selamat mencuba!

SUP IKAN MERAH

 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ulas bawang merah | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 inci halia | dihiris
  • 1 biji bawang holland
  • 1 sudu besar biji ketumbar | atau guna serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil lada hitam | atau guna serbuk lada hitam
  • 2 helai daun salam
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 buntil pelaga
  • Tomato
  • Cili padi
  • Daun sup

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Basuh dan lumurkan ikan dengan limau atau asam jawa. Rendam seketika supaya hilang bau hanyir.

 

2. Tumis bahan yang dihiris sehingga kekuningan dan naik bau.

 

3. Masukkan semua serbuk di atas dan letakkan air secukupnya.

 

4. Letakkan rempah tiga sekawan iaitu 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang dan 1 buntil pelaga.

 

5. Masukkan ikan merah dan biar sehingga masak. Perasakan dengan garam. Nak letak kiub ayam pun boleh.

 

6. Akhir sekali, letak tomato, cili padi dan daun sup. Siap!

 

Kredit resipi & foto: Azleen Abdullah

 

Anda mencari KUALI NON STICK pada harga yang berpatutan? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Published by
Naqiyatul Uzma