Tidak kira berbuka puasa di rumah mahu pun di luar, pastinya kemeriahan berbuka puasa meninggalkan nostalgia buat anda semua. Mahu mencari lokasi berbuka bersama keluarga mahu pun teman-teman, boleh pertimbangkan lokasi berikut.
Bufet Warnarasa Ramadan Di Royale Chulan Seremban
Tak tahu nak berbuka puasa di mana? Kunjungan ke Royale Chulan Seremban memberi pengalaman kulinari dengan bufet bertemakan Warnarasa Ramadan di kedai makan Asiatique.
Tersedia dari 12 Mac hingga 9 April 2024, bufet yang disahkan Halal menawarkan lebih 150 hidangan lazat hidangan.
Pasukan kulinari yang diketuai oleh Chef Azreen Shah, telah meneliti menu menarik yang menggabungkan hidangan tradisional dan kontemporari.
Antara lauk pauk istimewa termasuk Rendang Pucuk Ubi, Kerabu Pegaga, Sambal Tempoyak, Bubur Lambuk, Tom Yam, Daging Salai Lemak Mangga Muda, Kambing Kurma, Gulai Kawah Asam Pedas, Ayam Percik, Udang Goreng Kunyit, Kambing Kurma Ayam, Ikam Masin Masak Nenas dan banyak lagi.
Antara yang pasti dicari ialah Kambing Panggang,Satay, Ikan Panggang, Sotong Bakar, Murtabak, Mi Kari Nyonya, Laksa Johor, Nasi Biryani, Roti John, Penang Char Kway Teow, Dim Sum dan pelbagai lagi.
Akhiri pengalaman berbuka puasa anda dengan pilihan pencuci mulut yang menarik, menampilkan Ais Batu Campur (ABC), Cendol, Bubur Pengat Ubi, Kuih Melayu, Pastri Perancis dan Durian Serawa.
Gerai khusus disediakan untuk menawarkan minuman yang menyegarkan, termasuk Sirap Bandung, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Air Asam Boi dan Kacang Soya.
Dihidangkan setiap hari dari 6:30 petang. hingga 10:00 malam, bufet berharga RM120 bersih untuk dewasa dan RM78 bersih untuk kanak-kanak dan warga emas.
Hotel ini juga menawarkan pakej Bilik Berbuka Puasa 2 hari 1 malam. Menginap di bilik superior termasuk bufet sahur dan Warnarasa Ramadan pada harga RM333nett untuk seorang dan RM437nett untuk dua orang. Promosi bilik ini sah untuk penginapan dari 11 Mac hingga 8 April 2024. Sebarang pertanyaan boleh email ke booking.rcs@royalechulan.com
Juadah Dendang Perantau Di Flint Coffee & Roastery
Flint Coffee & Roastery, restoran premium dengan hidangan berkonsep bar kopi, masakan barat dan tempatan yang berkualiti tinggi pertama kali memperkenalkan Bufet Ramadan 2024, ‘Juadah Dendang Perantau’ mulai 16 Mac hingga 7 April 2024.
Bufet ini menyajikan pelbagai jenis hidangan istimewa seperti Asam Pedas Ikan Pari, Kambing Bakar, Lala Masak Halia, Ikan Patin Tempoyak, Siput Sedut Lemak, Ayam Kurma, pembuka selera, pencuci mulut dan lain-lain.
Flint turut komited memberikan pengalaman Ramadan yang bermakna kepada para pelanggan berkonsepkan hiasan minimalis, di mana setiap sudut menawarkan suasana yang berbeza.
Bersama pasukan yang terdiri daripada tukang masak berpengalaman tinggi dan barista terlatih, Flint berazam untuk berkongsi rasa premium sempena Ramadan tahun ini.
Dihidangkan setiap hari dari 7 malam.Bufet berharga RM89 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak.
Pada masa yang sama, Flint melancarkan kempen CSR ‘Malam Amal Flint’ yang akan diadakan pada 21 Mac 2024, bersama hasrat untuk membantu golongan Anak Yatim, Asnaf, Ibu Tunggal, Pesakit Kanser dan mereka yang memerlukan bagi meraikan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.Sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk wang atau barangan mentah.
Bagi sumbangan bahan mentah, penderma boleh menghantar ke Flint, The Curve bermula 21Mac 2024. Sumbangan berbentuk wang boleh disalurkan melalui akaun Maybank 5627 5968 5182 (Solist Global Sdn.Bhd). Kepada penaja yang berminat untuk berkolaborasi dalam menjayakan Malam Amal Flint 2024 e-mel flint@solistglobal.com.
Bufet Bazar Kampung Omak Den
Gastrohub, destinasi makanan baru yang menarik perhatian ramai, telah melangkah ke arena makanan dan minuman dengan menawarkan pelbagai pengalaman kulinari yang memikat. Terletak di Nilai Negeri Sembilan, Gastrohub menyediakan platform yang menyatukan pelbagai hidangan, tradisional hingga moden, memuaskan citarasa pelanggan yang pelbagai.
Serentak dengan Majlis Iftar, Gastrohub Nilai juga menganjurkan Bazar Ramadan yang dinamakan Bazar Ramadan Omak Den yang diadakan sepanjang bulan Ramadan.
Kambing terbang sos lada hitam, kari kepala ikan salmon, kari kambing berempah, masak lemak daging salai Apollo, tetel asam pedas, nasi briyani & gantung periuk merupakan juadah pilihan di Gastrohub sepanjang bulan Ramadan, lebih dari 188 menu tersedia kepada para pengunjung bufet Ramadan Omak Den.
Gastrohub Nilai mengadakan Majlis Doa Selamat dan Majlis Iftar Bazar Ramadan Omak Den. Kehadiran tetamu VIP, Ustaz Dato Dr Zulkifli Ak Bakri, menambahkan sinar keberkatan kepada majlis tersebut.
Bufet ini bermula 14 Mac sehingga 7 April 2024 bermula jam 6 petang hingga 8.30 malam. Harga dewasa RM68 , warga emas RM50 tahun pada hari biasa manakala hari minggu dewasa RM 88 manakala warga emas RM66. Harga tidak termasuk 6% sst. Boleh buat pembelian terus di website gastrohub.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official