Siapa suka makan kulit popia? Kulit ni boleh buat popia basah, goreng, samosa, murtabak dan macam-macam kegunaan.
Menerusi perkongsian resipi daripada Rabiatul Adawiyah Binti Samsudin ini, bahan nak buat kulit popia sangat mudah namun kena bersabar untuk siapkan.
Menurut Rabiatul, resipi kulit popia homemade ini adalah versi selet saja, tak gosok atas kuali dan tak guna putih telur serta cuka. Namun teksturnya masih lembut sangat.
KULIT POPIA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum (apa-apa jenama pun boleh) – beli online di sini
600ml-900ml air (anggaran saja)
Garam secukupnya
TONTON Macaron Teh Tarik
TONTON Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Bancuh semua bahan macam nak buat cucur tapi air dikurangkan. Bancuhan tak terlampau cair dan tak terlalu pekat.
2. Perap 2 jam. Kalau nak tekstur lebih licin dan cantik, simpan dalam peti sejuk bawah lebih 4 jam – 8 jam atau semalaman.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Tutup bekas dengan aluminium foil/plastik wrapping untuk elak permukaan atas tepung keras. Kulit pun rangup dan tak liat.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Selet atas kuali pan nonstick/ kuali popia. Boleh tengok video di sini.
TIP:
*Guna api kecil saja. Jika selet tepung tak melekat, tanda api terlampau panas. Jika selet dan tak boleh tarik dan melekat tanda kuali belum panas.
*Gosok kuali dengan tepung dan sedikit minyak yang dioles pada kain bersih.
Kredit resipi: Rabiatul Adawiyah Binti Samsudin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: