Wax atau lilin yang ada pada lapisan luar kulit buah-buahan berfungsi sebagai pelindung dari kulat yang boleh menyebabkan buat cepat membusuk. Selain itu, ia juga bertujuan untuk buat buah tampak lebih segar. Jadi sebelum anda makan buah tersebut, pastikan anda mencuci terlebih dahulu wax yang ada pada buah sehingga bersih. Nak cuci cara mudah, boleh ikut tip yang dikongsi oleh saudari Azleen Azlinda ini. Hanya guna tepung.

CARA HILANGKAN LILIN PADA BUAH

Ini Tip Nak Hilangkan Lilin Pada Buah. Mudah Sangat!

 

BAHAN-BAHAN:

  • Buah anggur | boleh guna untuk buah lain juga
  • Tepung gandum secukupnya – beli online DISINI

 

CARA-CARANYA:

  1. Masukkan buah anggur ke dalam bekas.
  2. Kemudian, taburkan tepung gandum secukupnya pada buah anggur tersebut.
  3. Gosok buah perlahan-lahan untuk menanggalkan kesan wax tersebut.
  4. Bilas dengan air bersih. Anggur akan jadi lebih bersih dan berkilat.

Ini Tip Nak Hilangkan Lilin Pada Buah. Mudah Sangat!

IKLAN

 

Selamat mencuba.

 

Kredit tip & foto: Azleen Azlinda

IKLAN

 

Anda mencari JUICER, boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

IKLAN

Ini Cara Nak Buat Cili Boh Homemade Yang Lambat Berkulat

Hilangkan Masalah Sinki Tersumbat Dengan Dua Bahan Ini, Modal Hanya RM6.40

DIY Rak Dapur Dengan Hanya Guna Tiga Barang Ini. Kreatif!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI