Ini Tip Paling Mudah Bersihkan Ketam

Share

Ketam salah satu makan laut yang digemari ramai kerana rasanya yang sedap. Untuk menikmati ketam segar, selain makan di restoran, anda juga boleh masak sendiri di rumah, dengan kos lebih murahkan?

Jika alasannya tidak pandai bersihkan ketam sebagai sebab tak masak sendiri ketam di rumah. Jangan risau ini ada tip mudah untuk membersihkan ketam segar sebelum sedia dimasak.

1. Pastikan kedua belah penyepit ketam dalam keadaan terikat jika masih hidup.Kemudian terbalikan badan ketam dan carilah bahagian yang berbentuk segi tiga di bawah badannya. Tarik dan pisahkan dari badan ketam.

2. Buang insang yang lembut seperti plastik di kiri dan kanan badan ketam dan cici bersih segala kotoran yang melekat di bawah paip mengalir, Bersihkan juga lendir di bahagian tengah ketam di bawah air mengalir perlahan.

3. Selepas bersih pisahkan penyepitnya, kemudian  buang sedikut hujung penyepit dan ketuk supaya mudah dimakan nanti. Seterusnya dan gunting sedikit kaki-kaki ketam dengan gunting dapur.

4. Jika perlu potong ketam kepada dua bahagian sebelum sedia di masak.

5. Setelah siap dibersihkan anda perlu segera memasak ketam dengan resipi kesukaan keluarga. Tetapi pastikan anda tidak memasak ketam terlalu lama.

Lepas ni anda dah tak ada masalah nak bersihkan ketam lagi…

Published by
Norasida Myasin