Pasti ramai menyukai terung kerana buah ini boleh dipelbagaikan jenis masakan, ia boleh dijadikan bahan campuran dalam gulai, sambal mahupun pajeri, semuanya sedap. Tapi tahukan ada bagaimana cara memilih, menyimpan dan memasak terung dengan cara yang betul kerana terung ada pelbagai jenis dan bentuk. Jawapannya anda kena baca info berikut:
PILIH YANG SEGAR
Perkara pertama bila anda ingin membeli terung pastikan kulitnya cerah berkilat dan tidak calar atau kesan-kesan hitam. Elakkan membeli terung yang telah kusam warna dan ada tanda kecut.
SIMPAN DI TEMPAT KERING
Ads
Disebabkan terung adalah lembut sifatnya, jangan simpan terlalu lama, paling lama sebaiknya tidak lebih dari tiga hari. Simpannya di tempat kering dan elakkan dari menyimpan terung di dalam peti sejuk atau terdedah di tempat panas atau disimpan dalam plastik yang berikat, hal ini menyebabkan terung cepat busuk.
PELBAGAIKAN CARA MEMASAK
Ads
Umumnya terung boleh dipelbagaikan cara memasak, boleh saja dengan cara Dipanggang, rebus, atau digoreng. Sebaiknya dalam apa cara memasak, terung yang segar , rasanya lebih sedap berbanding terung yang sudah lama disimpan.
Ads
Diharapkan dengan tip ini, dapat membantu anda memilih terung, kemudian menyimpannya dengan cara yang betul sebelum dimasak dengan menu kegemaran anda dan keluarga.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mi Kuning Homemade buat sendiri kat rumah lebih bersih dan berkualiti. Dari dulu kita selalu dimomokkan dengan kualiti mi kuning yang dijual di pasaran. Tak bersihlah, banyak bahan kimialah. Jadi rasanya tak perlu lagi risau lagi kan? Baik anda buat sendiri mi kuning di rumah. Kemudian, pelbagaikan resipinya. Admin cuma berkongsi resipi asas untuk buat mi kuning saja, anda boleh olah pelbagai resipi mi untuk dihidangkan kepada keluarga.
RESIPI MI KUNING
credit photo: Canva.com
BAHAN-BAHAN:
450gm tepung gandum
1 biji telur saiz ‘C’
Air secukupnya untuk menjadikan doh lembut
Sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung, serbuk kunyit, dan garam ke dalam mangkuk dan buatkan bulatan di dasarnya. Kemudian, pecahkan telur.
Gaul tepung bersama telur dan air sehingga membentuk doh.
Rehatkan doh di dalam peti ais selama 20 minit.
Bentukkan mi kuning menggunakan mesin pasta.
Didihkan air dan masak mi cara ‘al dente‘.
*Untuk mengelakkan mi dari melekat selepas dibentukkan, tabur tepung diatasnya sebelum dimasak.
Bagi menghasilkan hidangan roti, donut, apam dan sebagainya yis adalah bahan penting yang perlu disediakan. Kalau tiada bahan ini adunan mungkin tak naik.
Namun begitu ada juga keadaan dah letak yis, tapi adunan atau doh tetap tak menjadi. Salah satu penyebabnya adalah kerana yis yang digunakan tidak aktif atau pun yis sudah mati.
Sebab itu penting untuk kita uji dulu yis yang elok sebelum digunakan. Tapi ramai sebenarnya yang tak tahu cara menguji yis ini. Perkongsian berguna dari Erah Syahirah boleh kita praktikkan sebelum buat hidangan menggunakan yis.
Cara uji yis sebelum guna, yis kena aktif baru roti naik
Saya ingin kongsi, cara saya uji yis. Kalau roti tak naik itu tanda yis dah mati. Jadi sebelum buat roti kita test dulu yis sama ada aktif atau tidak. Caranya dengan menggunakan sudu plastik.
Masukkan sudu plastik yang kering dalam paket yis. Jika yis melekat pada sudu plastik seperti gambar di bawah itu tandanya yis aktif dan boleh digunakan untuk buat hidangan roti, donut, pau dan sebagainya. Tapi jika yis tidak menunjukkan reaksi sebegitu, sebaiknya beli yis baru.
Musim rambutan berlambak, tapi leceh kalau tergigit biji kan.
Jom kita ikut cara senang yang dikongsi Amanda Tan keluarkan biji rambutan pakai sudu plastik saja. Buah masih kekal elok. Janji selamat, senang dan cepat.
Kata Amanda, dia kongsikan cara ini supaya rambutan boleh diolah dengan buah lain untuk dijadikan resipi manisan. Tak payah beli dari tin yang penuh dengan bahan pengawet.
Paling penting, budak-budak kecil boleh makan dengan selamat tanpa biji. Biar lama asalkan selamat untuk budak budak.
Caranya mudah saja:
*Kupas kulit rambutan terlebih dahulu.
*Guna sudu plastik jernih (seperti dalam gambar).
*Masukkan bahagian tangkai sudu ke dalam bahagian buah rambutan.
*Kemudian, putar-putar tangkai sudu sehingga biji rambutan tercabut. Tarik keluar sudu bersama biji tersebut.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.