Telur rebus banyak gunanya. Selain dinikmati bersama nasi lemak, ia juga boleh dijadikan pelbagai sajian enak untuk keluarga. Salah satu masalah yang kita selalu hadapi bila ‘deal’ dengan telur rebus ni ialah semasa nak kupas kulitnya. Ada ketika, mudah nak kupas. Namun ada kalanya susah betul. Sampai terkopek-kopek isi dibuatnya. Jadi bila dimasak, nampak tak cantik.
Menerusi Puan Waheeda Basiron beliau menunjukkan cara-cara merebus telur supaya mudah dikupas dan kulitnya tidak melekat pada isi.
TIPS REBUS TELUR SUPAYA MUDAH DIKUPAS & CANTIK MENAWAN
1. BASUH TELUR
Mula-mula, macam biasalah. Basuhkan telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk dan tambah air. Tak perlu air mendidih baru nak masukkan telur ya.
2. GUNA GARAM & MINYAK MASAK
Kemudian, masukkan 1 sudu garam dan 1 sudu minyak masak. Inilah rahsianya yang menjadikan kulit telur mudah terasing daripada isinya.
3. REBUS
Tunggu telur siap direbus lebih kurang 10-15 minit atau sehingga air menggelegak.
4. RENDAM & KUPAS
Akhir sekali, rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah agak suam, bolehlah terus kupas macam biasa. Hasilnya memang memuaskan malah memudahkan kerja.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Kredit petua & gambar: Waheeda Basiron