Ini Tip Untuk Buat Muffin Bluerberry Jadi Moist & Gebu

Share

Petang-petang tak tahu nak makan apa, bolehlah buat resipi muffin blueberry. Mudah dan cepat nak buat menu ni.

Menerusi perkongsian daripada Riesha Rieshaliena, muffin tidak perlu dibakar terlalu lama bagi mendapatkan hasil yang moist dan gebu.

 

CARA BUAT MUFFIN BLUEBERRY

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum | diayak – beli online di sini
1 cawan tepung kek | diayak – beli online di sini
¾ cawan gula halus @ icing – beli online di sini
½ cawan minyak masak
1 cawan susu segar fullcream


1 biji telur (buang mata pusatnya)
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil baking powder | diayak
¼ sudu kecil garam @ secubit garam (optional – nak bagi rasa lemak pada muffin)

TONTON Dapur Rasa Live: Mango Baked Cheesecake 

TONTON Dapur Rasa Live: Kek Berries Selembut Kapas 

CARA BUAT:

1. Satukan tepung gandum, tepung kek, baking powder dan gula. Gaul bagi serata. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, satukan telur, susu dan minyak. Gaul sekadar bagi telur hancur. Jangan gaul kuat sangat yer, manja-manja gitu je.
3. Buat lubang di tengah tepung, masukkan campuran telur, susu, minyak tadi. Gaul hanya sekadar bagi sebati semua bahan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Jangan gaul terlalu laju dan beria sangat untuk elakkan muffin jadi mampat bila dibakar nanti. Gaul lemah lembut saja.

*Muffin bukan macam buat kek, bahan adunan tak perlu sehingga gebu dan kembang. Cukup sekadar serata semua bahan.

5. Masukkan adunan muffin ke dalam cup sikit dulu. Masukkan blueberry, kemudian masukkan lagi adunan hanya 3/4 je penuhnya. Bahagian atas muffin terpulanglah sama ada nak kosong atau nak topping blueberry.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

TIP MEMBUAT MUFFIN:

*Bakar muffin dengan suhu yang betul-betul panas, ikut suhu ketuhar masing-masing.
*Untuk dapatkan muffin yang gebu dan naik membukit, masa nak masukkan muffin ke dalam ketuhar, pastikan suhu betul-betul panas ye. Bukan panas nak rentung tapi kena pandai agak suhunya.


*Muffin tak perlu terlalu lama dibakar untuk elakkan muffin jadi kering. Dah nampak macam permukaan muffin kering, okey cukup dah.
*Anggaran masak 15-20 minit.
*Bila muffin dah masak, masa panas-panas terus letakkan muffin di atas piring atau redai kek untuk elakkan muffin menurun balik.

Kredit resipi: Riesha Rieshaliena

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff