Ini Tipnya NakTelur Rebus Menjadi Dengan Cantik & Senang Dikupas

Share

Biasanya, bila rebus telur, pasti ada telur yang tak berapa cantik dikupas. Ada pula yang tak cukup masak dan jadi macam telur separuh masak pula.

Nah, kita kongsikan cara dan petua yang betul untuk rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela.

Petua yang dikongsi Waheeda Basiron ini, sangat mudah dan memang menjadi sehingga kita berasa sayang pula nak makan. Jom kita tengok cara-cara rebus telur yang betul.

 

PETUA TELUR REBUS CANTIK DIKUPAS

BAHAN-BAHAN:

Telur
1 sudu garam – beli online di sini
1 sudu minyak masak – beli online di sini

TONTON Red Velvet Creampuff

TONTON Muffin Coklat Biscoff Lotus Bersama Siti Norliza Mohd Misni

CARA-CARA:

1. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk. Tambah air sehingga telur tenggelam.
2. Cara saya ni, tak perlu air mendidih baru nak masuk telur ye. Saya letak terus telur dalam periuk.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Masukkan sesudu garam + sesudu minyak masak.


4. Kemudian, rebus lebih kurang 10-15minit atau sehingga air menggelegak.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Apabila siap, rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus kupas.

Kredit resipi: Waheeda Basiron

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff