Sebut je sayur mesti terbayangkan masak tumis, bening, sup atau gulai. Tapi sebenarnya sayur juga sedap digoreng salut atau celup tepung, namun bukan semua sayur yang sedap digoreng salut tepung ni. Selain sedap dimakan dengan nasi cecah sambal, sayur goreng juga sedap dijadikan kudapan ringan sambil menonton. Ini dia enam jenis sayur yang boleh digoreng salut tepung. Mungkin ini idea bagus untuk anak-anak makan sayur
Terung
Bayangkan terung yang lembut dan manis rasanya itu digoreng dengan tepung, terasa ranggup di luar, lembut berjus di dalam. Kena pulak dengan pencecah memang terbaik sedapnya. Cuma semasa menghiris pastikan saiz terung adalah sama dan hirisan tidak terlalu nipis atau tebal.
Ads
Brokoli
Brokoli antara sayuran hijau kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Brokoli goreng tepung antara menu yang sangat sedap. Korang boleh potong brokoli menjadi ketulan-ketulan kecil sebelum disalut dengan adunan tepung kemudian goreng minyak banyak. Untuk tambah perisa, adauna tepung boleh tanpa perasa ayam, rempah kari, serbuk cili, lada hitam atau tomyam. Terpulang pada cita rasa.
Bunga Kubis
Cara potong dan menggoreng bunga kubis sama seperti brokoli untuk digoreng tepung. Namun teksturnya yang ranggup dan empuk pasti disukai ahli keluarga terutama anak-anak.
Garlic Parmesan Carrot Fries
Lobak Merah
Lobak merah goreng tepung memang sedap, rangup dan manis. Cara paling mudah menyediakannya, adalah dengan menghiris lobak merah seperti kentang goreng. Potong memanjang lebih kurang 3-4cm, kemudian kukus hingga empuk sebelum sedia dicelup tepung dan goreng hingga rangup.
Ads
Bayam
Rangup dan sedapnya kerepek bayam, kerana itulah ramai yang menyukainya sebagai kudapan sambail santai menoton TV. Siapa sangka ia hanyalah sehelai daun bayam yang nipis dan berubah menjadi kerepek yang rangup bila digoreng dengan salutan tepung.
Kacang Buncis
Ads
Mungkin jarang dengar kacang buncis boleh digoreng celup tepung. Tapi percayalah rasanya sedap, rangup dan manis. Apa lagi jika dimakan panas-panas.
Dari enam jenis sayur ini mana satu pilihan korang, atau ada cadangan sayur lain yang pernah korang buat. Boleh share dengan RASA ye.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Suka makan ikan keli takut risau masa goreng ikan ni meletup-letup? Ha..Ini cara untuk goreng ikan ni tanpa terpercik minyak. Menerusi perkongsian saudari Dalila Haslan, beliau kongsikan cara beliau menggoreng ikan keli dengan sempurna. Anda mungkin boleh cuba.
Nak share sikit, petua masak ikan Keli @ sembilang tak letup-letup dalam kuali.Ikan pun cantik,garing dan tak melekat pada kuali.Petuanya, bila minyak dh panas,masukkan sedikit tepung gandum.Kemudian baru masukkan ikan. Ulang setiap kali nak masukkan ikan yang nak dimasak.InshaAllah kalau guna petua ni dah tak perlu lari-lari nak elak kena minyak panas, tak perlu tutup dan dapur pun bersih je..xcaya,try le…Terima kasih mak mertuaku share petua.
Pernah menggoreng menggunakan minyak masak baru sekali dan kotor dan hitam, terutamanya bila goreng makanan yang mudah hangus dan banyak campuran bahan perapan. Nak buang macam sayangkan, sebab baru sekali guna. Macam mana nak buat ni. Usah risau RASA boleh bantu jernihkan semula minyak masak tersebut dan minyak selamat digunakan semula tanpa risiko. Tapi kenalah baca info di bawah ini:-
A bowl of plain basmati rice
Nasi
Ini cara paling mudah dan tak perlu keluar duit, kalau ada lebihan nasi, ambil segenggam nasi dan kepal-kepal hingga bulat. Masukkan dalam kuali berisi minyak jelantah yang panas dan golek-golekkannya hinga semua kotoran melekat pada nasi. Lakukan berulang kali dan ia memerlukan lebih dari satu kepal nasi ye.
Kentang
Kalau tidak ada nasi boleh juga guna kentang, caranya sama sahaja dengan nasi kepal. Korang hanya perlu kupas dan potong kentang kepada beberapa bahagian kemudian masukkan dalam minyak jelatan panas, golek-golek potongan kentang hingga minyak bersih semula.
Arang
Arang atau charcool juga boleh digunakan kerana sifatnya arang boleh menyerap kotoran dalam minyak. Caranya, kisar arang hingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan dua genggam serbuk arang untuk 1 liter minyak jelantah panas, kemudian kacau hingga minyak menjadi lebih bersih dan boleh digunakan semula.
Kulit Pisang
Kulit pisang jangan dibuang, ia boleh digunakan untuk membersihkan minyak lelantah. Kerana kulit pisang masak mempunyai karbon yang boleh menyerap kotoran. Potong kulit pisang kemudan letakkan dalam penapis minyak dan penapis tersebut diletakkan di atas bekas tadahan minyak. Dengan cara ini kotoran akan melekat pada kulit pisang. Kalau ingin lebih mudah dan cepat. Kisar kulit pisang tesebut ambil ampasnya dan letakkan di dalam penapis minyak kemudian tapis minyak jelatah.
Mudah dan boleh menjimatkan minyak masakkan? Cubalah dulu ye…
Dapur ibarat ‘pejabat’ bagi kalangan ibu-ibu. Disini, banyak masa dihabiskan bagi menyediakan hidangan enak buat keluarga. Namun, dari aktiviti memasak ini, adakalanya meninggalkan bau yang kurang enak kesan daripada bau tumisan dan sebagainya.
Pelbagai alat serta cara digunakan bagi memberikan rasa selesa di dapur seperti penggunaan kebuk asap dan sebagainya. Namun bagi yang tiada kemudahan ini, ada cara semulajadi yang boleh dicuba untuk memulihkan masalah ini.
Caranya mudah sahaja. Anda hanya memerlukan buah lemon segar. Rebus lemon dengan air secukupnya kemudian biarkan air rebusan terdedah supaya kesemua aroma meresap masuk ke segenap ruang dapur. Aroma segar yang dikeluarkan ini akan membuat dapur menjadi segar. Malah kosnya juga jauh lebih murah. Cara ini juga berkesan dan sesuai digunakan di ruang-ruang lain seperti di ruang tamu, bilik tidur dan juga bilik air.