BERKONGSI KISAH  DATO MOHD CHAN 

Bertuah dapat bertemu sendiri dengan pengasas restoran Cina Muslim yang tidak asing lagi iaitu Dato Haji Mohd Chan Abdullah, 64. Sudah lebih sedekad lamanya Restoran Mohd Chan bertapak dalam industri pemakanan dengan memperkenalkan kepelbagaian makanana Cina ala kantonis.

Pada mulanya Dato Mohd Chan ada berkongsi masa susah untuk menarik orang Islam untuk masuk dan mencuba makanan di restorannya. “Kebanyakkan pelanggan terutama berbangsa Melayu melihat restoran yang menjual makanan Cina, mereka akan berasa was-was kerana pada ketika itu tidak banyak lagi restoran Cina Muslim.”

Beliau yang sudah memeluk agama Islam 10 tahun dahulu ada menyatakan perlu mengambil masa lebih dari enam bulan untuk mendapatkan kepercayaan dari pelanggan yang beragama Islam.

“Dahulu pasti ada pelanggan akan bertanya restoran ini betul-betul halal ke, tetapi bila diberitahu yang pemiliknya beragama Islam barulah mereka mula berasa yakin.”

BORN TO BE

Memang meminati dengan industri pemakanan dan masakan menjadikan itu sebagai pendorong utama untuk membuka Restoran Mohd Chan. Asalnya, hanya membuka kedai kecil yang pertama di Bukit Beruntung dan ketika itu hanya beliau dan anak lelakinya sebagi tukang masak iaitu Dato Nik Chan.

“Saya tiada kelulusan tinggi dalam bidang masakan tetapi memang saya minat dan born to be untuk memasak. Saya juga bangga anak lelaki saya juga ada minat yang sama.”

 

 

Inilah Rahsia Kehebatan Restoran Cina Muslim Mohd Chan Selepas Pemiliknya Memeluk Islam

ISLAM MENGUBAH KEHIDUPAN SAYA – DATO’ MOHD CHAN

Bercerita bagaimana hatinya tergerak untuk memeluk Islam, Dato Mohd Chan memberitahu hidupnya sering dilanda masalah dan ada sahaja yang tidak kena. Hidupnya juga tidak teratur lalu beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam dan berharap dapat mengubah keseluruhan kehidupannya.

Ternyata kata hatinya benar belaka. Hidayah Allah tiada sempadan. Kalimah Syahadah yang dilafazkan telah memberi sinar baru dalam hidupnya. Pun begitu, beliau tidak membawa dan memaksa isteri serta anak-anaknya untuk serta.  Namun Allah sekali lagi memberikannya sebuah kebahagiaan apabila beberapa bulan selepas memeluk Isalam, Isterinya dan keluarganya yang lain turut serta mengucap dua kalimah syahadah.

“Alhamdulillah selepas beberapa bulan saya memilih sebagai Muslim, Isteri saya pula ingin memeluk agama Islam.  Tidak dapat digambarkan bagaimana bahagianya saya. Kegembiraan saya digandakan lagi oleh Allah,  apabila anak-anak dan menantu mengambil keputusan yang sama untuk memilih agama Islam. Saya tidak memaksa mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka sendiri yang terbuka hati untuk memilih Islam kerana melihat saya solat dan mengamalkan cara hidup sebagai orang muslim. Semuanya berlaku dalam masa setahun.”  ceritanya.

 

Inilah Rahsia Kehebatan Restoran Cina Muslim Mohd Chan Selepas Pemiliknya Memeluk Islam
Isteri dan anak menjadi penyokong dan penguat semangat Dato’ Mohd Chan

Melihat wajah lelaki ini, nyata terpancar kegembiraan di wajahnya. Isterinya  Datin Aminah Lee  dan anaknya Dato Nik Chan turut tersenyum mengiyakan ceritanya.

IKLAN

GENERASI BARU

Selepas bersara Dato Mohd chan sudah berehat dari urusan restoran. Sekarang anak-anak beliau yang banyak menguruskan urusan restoran dan memberi penjenamaan baru sesuai dengan perubahan keadaan semasa.

Inilah Rahsia Kehebatan Restoran Cina Muslim Mohd Chan Selepas Pemiliknya Memeluk Islam

“Sekarang sempena tahun yang kesepuluh kami memperkenalkan konsep yang lebih moden, kerana konsep yang dahulu seperti gerai dan susah untuk menarik golongan muda,” ujarnya sambil memberitahu kini Restoran Mohd Chan mempunyai 9 cawangan.

Kini  mereka ingin mengubah persepsi pelanggan yang menganggap Restoran Mohd Chan hanya untuk makan tengah hari atau makan malam sahaja tetapi  sebenarnya restoran ini menawarkan makanan yang bersesuaian sepanjang masa dan sesuai untuk golongan muda untuk berlibur.

Inilah Rahsia Kehebatan Restoran Cina Muslim Mohd Chan Selepas Pemiliknya Memeluk Islam
Dato’ Nik Chan juga boleh memasak semua hidangan ‘signature’ di restoran terkenal ini.

Inilah Rahsia Kehebatan Restoran Cina Muslim Mohd Chan Selepas Pemiliknya Memeluk Islam

UDANG TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Udang
  • Telur masin (kuning sahaja)
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Susu cair
  • Daun kari
  • Mentega

CARA MEMASAK:

  1. Celup udang dengan tepung gandum dan goreng sehingga ranggup.
  2. Tumiskan sedikit mentega dan kuning telur masin.
  3. Perasakan sedici garam, gula & serbuk perasa
  4. Masukkan cili padi dan susu cair.
  5. Selepas itu masukkan daun kari dan udang yang sudah digoreng. Kacau sebati dan siap.

Inilah Rahsia Kehebatan Restoran Cina Muslim Mohd Chan Selepas Pemiliknya Memeluk Islam

IKAN SIAKAP STIM TEOWCHEW ISTIMEWA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap – stim terlebih dahulu

BAHAN KUAH:

  • Halia – dihiris halus
  • Sayur Jeruk
  • Cili Padi
  • Cili Merah
  • Biji asam
  • Tauhu Jepun
  • Isi Ayam
  • Cendawan Hitam
  • Bawang Putih
  • Sos Tiram
  • Minyak Bijan
  • Daun Bawang

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali masukkan sedikit air, bawang putih dan sos tiram.
  2. Masukkan isi ayam, halia, cendawan, cili padi dan cili merah.
  3. Tambahkan lagi satu senduk air dan masukkan tauhu jepun.
  4. Biarkan mendidih seketika dan siap untuk dituangka di atas ikan.
  5. Hiaskan dengan daun ketumbar serta hirisan halus cili merah dan lobak merah.

INFO RESTORAN:

Inilah Rahsia Kehebatan Restoran Cina Muslim Mohd Chan Selepas Pemiliknya Memeluk Islam

IKLAN

PELBAGAI MENU ENAK DITAWARKAN DI SINI

Istimewa untuk mereka yang gemar makan makanan Cina anda boleh mencuba rangkaian Restoran Mohd Chan merupakan antara pelopor awal makanan cina muslim yang berstatus Halal. Sepanjang 10 tahun dalam perniagaan makanan, Restoran Mohd Chan sudah melebarkan rangkaian dengan mempunyai 14 cawangan sekitar lembah klang.

Restoran Mohd Chan menawarkan hidangan gabungan makanan Cina Muslim Alal Kantonis yang lazat yang berbentuk ala carte dan set menu. Antara signature dish di Restoran Mohd Chan yang harus pelanggan cuba adalah udang masak telur masin, siakap stim teowchew, siakap goreng tiga rasa dan shark fin soup. Hidangan lain yang ditawarkan ada ikan, lembu, ketam, ayam, sayur serta pelbagai jenis hidangan mi dan nasi. Terdapat juga perkhidmatan katering yang ditawarkan untuk majlis keramaian, mesyuarat, latihan dan private event.

“Ramai yang tidak tahu kami ada menawarkan khidmat katering dan kami ingin mengubah persepsi masyarakat terutama orang Melayu bahawa boleh menghidangkan makanan Cina untuk majlis perkahwinan,” ujar Dato Nik Chan Pengarah Restoran Mohd Chan.

RAHSIA KEENAKAN HIDANGAN

Semua bahan perapan, sos khas dan makanan segar dihantar setiap hari ke semua cawangan dari Central Kitchen di Bukit Beruntung bagi memastikan tahap kelazatan makanan di Restoran Mohd Chan setiasa berada ditahap berkualiti dan selamat. Ia juga bagi memastikan kesemua cawangan mempunyai rasa hidangan yang sama.

INFO KEDAI:  Waktu Operasi:  11pagi-11malam (setiap hari)

 

FOTO: Mohd Izari Rosli

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI