Inilah Resipi Nasi Goreng Kambing ala Kebon Sirih Yang Sangat Viral Di Indonesia. Peminat Daging Kambing Mesti Cuba.

Share
Dek kerana kesedapan nasi goreng yang ringkas dan mudah disediakan ramai yang suka memilih nasi goreng untuk pada bila-bila waktu. Malah nasi goreng ini dijadikan lebih variasi dengan mencampurkan pelbagai bahan sampingan lain yang mampu menjadikan nasi goreng terlihat lebih mewah. Pun begitu, kebanyakan orang suka makan nasi goreng di gerai-gerai terbuka kerana bagi sesetengah mereka menganggap ia lebih sedap dan berperisa selain murah dan berbaloi harganya.

Jadi tidak hairanlah nasi goreng menjadi antara makanan pilihan penduduk Asia, sehingga lahirnya Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Mamak, Nasi Goreng Thai, Nasi Goreng Indonesia. Masi Goreng Berempah dan sebagainya mengikut bangsa dan budaya makan setiap negara ini.

Biasanya nasi goreng ini dimasak dengan bahan-bahan asas seperti cili, bawang merah, bawang putih. Dan Seperti telur, ayam, keropok, daging kambing, daging lembu, babat, aneka seafood seperti udang, sotong dan kerang.

Baca Juga : http://www.rasa.my/layan-makan-nasi-goreng-ikan-cili-tumbuk-sedap/

 

Di Indonesia pula Nasi Goreng Kambing sangat popular dan viral dijual dikawasan gerai terbuka. Malah Nasi Goreng Kambing Kebon Sirih  ini mempunyai banyak cawangan. Cara ia dimasak dalam kuali besar atau kawah menjadikan ia begitu istimewa, Daging kambingnya pula sangat segar. Karena memang dalam pembuatan nasi goreng kambing ini menggunakan bumbu yang sebelumnya di gunakan untuk menumis daging kambing sampai  masak dan empuk. Jadi rasa itulah yang membuat nasi goreng kambing semakin lazat.

RESIPI NASI GORENG KAMBING

Bahan-bahan:

  • 300gm Daging kambing | dihiris tipis atau dipotong dadu kecil sesuai selera
  • 450gm Nasi sejuk |sebaiknya nasi yang dimasak sehari sebelumnya
  • Minyak masak secukupnya
  • 100ml Air rebusan daging kambing
  • 2cm Kayu manis
  • 1 helai Daun bay

Bahan Kisar:

  • 7 biji Bawang merah
  • 4 ulas Bawang putih
  • 4 bji Cili merah
  • 2 biji Cili padi
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/4 sudu teh jintan
  • 2 biji buah pelaga, haluskan
  • 2 kuntum bunga Cengkeh
  • Kecip Manis  secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali  masukkan kayu manis, daun bay. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau.
  2. Kemudian masukkan daging kambing ke dalamnya, kacau rata dan biarkan seketika.
  3. Masukkan pula air rebusan kambing, biarkan mendidih sampai daging kambing empuk dan kuah pekat.
  4. Masukkan nasi dan kicap serta garam ke dalamnya, kacau sehingga rata dan nnasi agak mengering.
  5. Sesuaikan rasa , angkat dan sedia disajikan lengkap dengan acar timun dan  keropok.

INFO CHEF:  Sajikan ketika masih panas untuk menu makan siang atau makan malam bersama keluarga tercinta.

Inilah nasi goreng kambing yang sangat viral Di Indonesia. Lihatlah ia dimasak dalam kawah besar.

Sumber : RESEP NASI GORENG KAMBING ALA KEBON SIRIH/ Google

Anda juga boleh tengok video di bawah.  Best betul tengok video ni.

Published by
Ida Abd Aziz