Rasa sama macam kek, tapi comel dan mudah dimakan di mana jua. Itulah kelebihan muffin. Gebu dan lembut, makanan kegemaran kanak-kanak dan juga dewasa.
Norhayati Ahmad (sebelah kiri)
Cuti hujung minggu ni bolehlah cuba resepi Norhayati Ahmad dari Adriana Cakes House ini. Gerenti sedap dan gebu.
KEK MUFFIN COKLAT
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko | diayak
1 cawan gula kastor
Bahan B:
1 cawan tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
1 sudu teh soda bikarbonat | diayak
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur saiz A
Bahan buttercream coklat :
Ads
100 gm krimwell
100 gm shortening
1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
Pewarna jika perlu
½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
Sedikit perasa coklat/ pes coklat
CARA MEMASAK : 1. Ayak Bersama tepung, baking powder & soda bikarbonat. Asingkan. 2. Dalam mangkuk, satukan semua bahan A. Masak sebentar di atas api perlahan dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebentar. 3. Dalam satu bekas lain, dengan menggunakan mixer, putarkan telur sehingga gebu, kemudian masukkan esen vanilla dan putar lagi. 4. Masukkan adunan coklat tadi ke dalam adunan telur dan putar sehingga adunan sebati. 5. Masukkan tepung yang telah di ayak dan putar sebati. 6. Isi ke dalam cawan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar pada suhu 170 darjah (api atas dan bawah) selama 25 minit. 7. Setelah masak, sejukkan di atas redai, kemudian boleh di hias menggunakan krim buttercream. Topping buttercream coklat : Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan perasa coklat dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping, sedia untuk digunakan.
Saiz hidangan: 20 biji kek cawan Waktu memasak: 45 – 50 minit Keistimewaan: Kek cawan kaya dengan rasa coklat dan koko Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF :Kek coklat ini lembut dan lembut teksturnya.
KEK MUFFIN VANILLA
BAHAN-BAHAN :
Ads
Bahan kek :
1 1/4 cawan tepung kek | diayak
1 1/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda @ soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
2 biji telur telur
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sudu teh cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)
Bahan butter cream:
100 gm krimwell
100 gm shortening
1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
Pewarna jika perlu
½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven pada suhu 170C. 2. Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, serbuk penaik, baking soda dan garam. Ketepikan. 3. Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati. 4. Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. 5. Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit. 6. Setelah masak, sejukkan di atas redai sebelum di hias. Buttercream: 1. Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping dan sedia untuk menghias kek cawan.
Saiz hidangan: 16 biji kek Waktu memasak: 20 minit Keistimewaan: Kek vanilla yang lembut dan gebu Anggaran kos: RM15
Ads
INFO CHEF : Kek vanilla yang sedap dimakan ‘plain’ walau tanpa ramuan tambahan seperti kekacang atau buahan beri.
Yang dibawah ini pula resipi asas membuat muffin. Jika anda suka yang ‘plain’ sahaja inilah resepi mudahnya.
PLAIN MUFFIN
foto : epicurious.com
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum | diayak
1 1/4 sudu teh serbuk penaik | diayak
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan gula kaster
1 biji telur (saiz A) | dipukul ringan
1 cawan susu
1/4 cawan mentega yang telah dicairkan
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven ke suhu 190 darjah Celcius. 2. Griskan dulang acuan muffin. 3. Campurkan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan gula di dalam mangkuk. 4. Masukkan telur, susu, dan mentega, kacau rata, larutan bater ini tidak cair. 5. Sudukan ke dalam dulang pembakar muffin, isikan 2/3 sahaja untuk ruang mengembang. 6. Bakar selama 20-25 minit.
Nak buat nasi ayam memang banyak step. Yalah, kena masak nasi, sambal, sup, ayam nak kena goreng. Eh macam-macam. Tapi nasi ayam adalah salah satu hidangan yang popular. Hidangan ini cukup dengan karbohidrat, protein dan juga sayuran. Turut ada sup. Jadi, memang cukup lengkap kalau hidangkan nasi ayam untuk makan seisi keluarga. Nak membuatnya juga senang. RASA kongsikan resipi nasi ayam yang simple daripada ibu anak dua yang memuat naik hidangan ini di laman facebooknya.
NASI AYAM SIMPLE
BAHAN NASI AYAM
2 cawan beras (cuci macam biasa)
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Daun pandan (diikat)
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT NASI AYAM
1. Beras dibasuh macam biasa. Masukkan dalam periuk nasi. Masukkan air secukupnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih.
4. Masukkan tumisan dalam periuk nasi.
5. Masukkan daun pandan dan garam.
6. Masak macam biasa.
BAHAN AYAM GORENG
1 ekor ayam (potong kecil)
Air secukupnya (untuk merebus)
Kicap manis secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT AYAM GORENG
1. Rebus ayam.
2. Angkat dan perap dalam kicap.
3. Goreng sehingga masak.
BAHAN SUP AYAM
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Kaki ayam
Leher ayam
Air secukupnya
Sup bunjut
Bawang goreng
Daun sup
CARA MEMBUAT SUP AYAM
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih. Masukkan kaki ayam dan leher ayam. Masukkan air.
2. Biarkan mendidih dan masukkan sup bunjut. Biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan bawang goreng dan daun sup. Matikan api.
BAHAN SAMBAL
2 biji tomato (dibelah 4)
2 biji cili merah besar
6 biji cili padi merah
CARA MEMBUAT SAMBAL
1. Kisar semua bahan.
2. Masak dalam kuali sampai mendidih.
Ayam panggang memang best. Jika makan di kedai, harganya boleh tahan mahalnya juga. Oleh itu bagi anda yang ada anak ramai, masak sendiri pastinya pilihan yang bijak! Menerusi perkongsian saudari Sue CT, beliau tunjukkan cara-cara membuat ayam panggang ala restoran makanan terkenal, hanya dengan kos kurang dari RM50. Sesuai sangat untuk makan malam keluarga. Jom cuba!
AYAM PANGGANG POWER
BAHAN-BAHAN:
Ayam secukupnya ( boleh guna whole leg)
Bawang putih – tumbuk. Jumlah agak-agak sesuai dengan kuantiti ayam
4-5 sudu makan serbuk paprika
Sos tomato secukupnya
Sos cili secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN:
Cendawan butang – dihiris
Lada benggala merah & hijau secukupnya
Bawang holland – dihiris
Sos Nandos atau apa-apa sos kegemaran
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sos, satukan bahan-bahan diatas ( kecuali ayam) dalam periuk dan masak hingga mendidih. Sejukkan.
2. Ambil ayam dan lumurkan dengan bahan masak tadi. Simpan dalam peti sejuk. Sebaiknya, perap lebih lama untuk rasa lebih sedap. ( kalau nak makan esok, malam ni boleh perap. Jika nak makan malam, boleh perap waktu pagi.)
3. Ambil dulang pembakar dan lapikkan dengan aluminium foil. Susun ayam didalamnya. Simpan lebihan bahan perapan ayam.
4. Bakar ayam pada suhu 180C menggunakan api atas bawah. Suhu dan masa membakar mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar yang digunakan.
5. Setelah dibakar selama 1/2 jam, terbalikkan ayam dan tuang lebihan sos perapan tadi.
6. Taburkan juga hirisan cendawan, lada benggala dan juga bawang. Bakar lagi selama 1/2 jam atau sehingga ayam masak sempurna.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.