Sekali sekala jamu selera dengan menu udang memang lazat. Yang penting pilihlah udang yang segar, barulah lauk yang dibuat gerenti manis.
Udang galah dan udang air tawar Yabby memanglah agak ‘mahal’ tetapi sekali sekali penuhkan selera ‘mewah’ sebagai ganjaran kepada diri anda atas kegigihan kerja keras anda
Jom semak resipi yang disediakan oleh Ekeskutif Chef Alexander Chong, Chef Sureshkumar Chandrasekharan Nair, Chef Alief Aldrin dan Chef Nazrin Syazwan Roslan ini dari New World Hotel, Kelana Jaya.
GULAI UDANG GALAH NENAS NEW WORLD
Ads
BAHAN-BAHAN :
1 kg udang galah
350 gm nenas| dihiris
3 cawan santan kelapa
2 cawan air
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
3 helai daun limau purut | dicarik
1 sudu teh pes asam jawa
Bahan dikisar (A):
12 biji cili merah
15 biji bawang kecil
200 gm bawang putih
1 1/4 sm lengkuas
4 sm kunyit hidup
2 batang serai | dihiris
60 gm buah keras
50 gm belacan | dibakar
CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan A, tambahkan sedikit air untuk memudahkan ia dikisar.
2 .Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
3. Masukkan nenas dan biarkan ia mereneh selama 5 minit.
4. Kemudian tuangkan santan. Perlahankan api dan terus kacau perlahan-lahan.
5.Masukkan udang, pes asam jawa dan gula secukupnya
6. Biarkan udang masak. Kemudian tutup api dan masukkan daun limau purut dan kacau rata.
7.Gulai siap dihidang
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Udang galah dan nenas terbit rasa manis dan masam yang enak
Anggaran kos : RM 65
INFO CHEF: Pilih udang yang segar untuk rasa yang dijamin manis. Udang segar badannya pejal dan kepala terlekat di badan. Badannya juga menjalar bukan membengkok, bermakna ia dibekukan masa hidup dan lebih segar.
KARI LAKSA UDANG YABBY
Ads
BAHAN-BAHAN:
Bahan pes laksa (dikisar) :
300 gm cili kering /dibuang cili
150 gm halia /dihiris nipis
200 gm ulas bawang putih/ diketuk
180 gm bawang kecil
80 gm serai, dihiris halus
1/2 cawan minyak masak
2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk jintan putih
600 gm udang yabby
200 gm kek ikan/ sudah dimasak
1/4 cawan minyak masak
200 ml santan kelapa
1 liter air stok ayam
10 keping tofu (jika suka)
12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
400 gm mi laksa
2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
3 biji telur rebus /lembut
Gula dan garam secukupnya
Bahan hiasan :
Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
Ads
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.
2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana.
3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.
4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.
5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi.
6. Biarkan mendidih hingga 10 minit.
7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya
8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas.
9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Mi laksa, masakan Nyonya
Keistimewaan : Laksa lemak pedas dengan kemanisan udang Yabby
Anggaran kos : RM 85 setiap bahagian (portion)
INFO CHEF : Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Terima kasih : NEW WORLD HOTEL, 1, Jalan SS 7/26a, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sambal ni memang sama naik sedapnya. Ni kalau makan memang tak pandang kiri kanan lah. Min suka versi sambal sotong kembang ini sebab ada ramuan kacang di dalamnya. Dua jenis makanan laut ini sotong dan kerang bila dibuat sambal memang terbaiklah.
Apa pun jenis sambal yang dipilih, pastikan bahan-bahan ditumis hingga pecah minyak dan naik bau cilinya. Barulah tahan lama dan merecik rasa bila memakannya.
SAMBAL SOTONG KEMBANG BERKACANG
BAHAN-BAHAN :– ● 1 kg sotong kembang – dipotong kecil ● 1 mangkuk kacang – ditumbuk(ikut kepekatan yg dikehendaki) ● 1 mangkuk cili kering – rendam dan kisar ● 2 ulas bawang putih ● 5 ulas bawang merah ● 1 biji bawang besar – potong bulat besar ● 2 inc halia ● sedikit air asam jawa ● garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :-
1. Tumbuk atau kisar bawang putih, bawang merah & halia. 2. Panaskan minyak dah tumis bahan yg telah ditumbuk hingga garing, masuk kan cili kering yg telah di kisar dan biarkan hingga nek minyak. masukkan garam dan gula. 3. Masukkan hirisan bawang besar dan air asam jawa. 4. Bila sedikit pekat,masukan kacang yg telah ditumbuk. masuk kan sotong kembang dan biarkan seketika. biarkan air sotong sedikit kering dan boleh padamkan api..
Like & Share Rasa Share Resepi
SAMBAL TUMIS KERANG
Bahan-bahan: 3 kg kerang (direbus dan ambil isinya) 3 ulas bawang putih (ditumbuk/kisar) 2 biji bawang besar ~ ditumbuk/kisar 3 sudu(kurang atau lebih) cili yg telah dikisar 2 biji bawang besar ~ dihiris 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) ~ kisar/tumbuk bersama bawang 1 sudu besar air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Sedikit air ~ jika perlu.
Cara penyediaan: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak. 2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata. 3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air. 4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.
Kredit : http://resepiaidah.blogspot.com
FB : Rasa Share Resipi
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER, JOM LAYARINYA DI SINI BANYAK PILIHAN DAN TAWARAN YANG ADA.
Anda yang menggemari udang, hari ni dikongsikan dua menu udang yang berbeza. Satu menu barat dan satu lagi menu tempatan, mana satu pilihan anda dan keluarga, dua-dua sedap. Atau buat dua-dua sekali, mungkin anak-anak lebih suka Udang Mentega, anda dan pasangan suka yang pedas, lebih adil dan saling menikmati keenakan udang.
UDANG GORENG MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
12 ekor udang saiz XL | dibersihkan.
1 tangkai daun kari |leraikan dari tangkainya
3 tangkai cili kering | dihiris halus
9 biji telur ayam | ambil kuning sahaja
Lada sulah secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
40gm mentega
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak goreng, kemudian gaulkan dengan lada sulah dan serbuk perasa. Ketepikan.
Pukul telur dengan sedikit garam dan perasa.
Panaskan sedikit minyak bersama mentega.
Setelah minyak panas, tuangkan kuning telur yang dipukul sedikit demi sedikit.
Kacau telur menggunakan belakang seduk untuk mendapatkan tekstur yang halus.
Kacau hingga garing, kemudian masukkan daun kari dan hirisan cili kering.
Angkat dan sedia dihidangkan.
SAMBAL UDANG GALAH
BAHAN-BAHAN:
12 ekor udang galah | digoreng tidak terlalu garing
200gm bawang merah | dikisar
50gm bawang putih | dikisar
200gm cili merah |dikisar
200gm cili kering | dikisar
1 sudu teh serbuk belacan
1 sudu makan pes asam jawa
1 biji bawang besar | dihiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, serbuk belacan, garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi.
Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris bulat bersama udang yang telah digoreng.
Masakan paprik cukup terkenal di kedai makan di seluruh Malaysia. Hidangan lengkap dengan isi ayam, udang, sotong, dan sayur-sayuran dengan rasa yang enak.
PAPRIK UDANG BANJIR
BAHAN-BAHAN:
Ayam/udang/sotong
Lobak merah,
bunga kubis,
jagung kecil,
tomato,
cendawan,
kacang panjang,
kacang buncis
Cili kering kisar satu senduk
1 biji bawang holland-dihiris
1 biji bawang merah-dihiris
5 ulas bawang putih-dihiris
Halia-dihiris
Serai-diketuk
Daun limau purut
Bawang besar/holland potong bulat
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih, halia bawang merah, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan dalam cili kering kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan sedikit air, sos cili, sos tiram, sos tomato dan serai.
Selepas itu masukkan lobak merah, kubis bunga dan daun limau purut.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa anda.
Masukkan udang, cendawan, tomato, dan bawang holland. Akhir sekali masukkan kacang buncis atau kacang panjang.
INFO: Boleh tambah isi ayam, sotong atau daging. Boleh juga campurkan ikut citarasa anda.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira