Sebaik kita melayari Instagram wanita ayu IG @ leezaramzi milik Nor Aliza Mohd Ramzi,ia telah pun mencecah lebih 154,000 follower sejak dibuka dua tahun lalu. Video masakannya cukup mudah difahami dan paling menyeronokkan bila melihat aksi anak bongsunya dengan gaya yang mencuit hati, makan dengan penuh gaya dan nikmat menjadi ‘food taster’ masakan ibunya.
.
Nor Aliza sehingga kini tetap aktif dengan ‘posting’ video masakannya dan gambar-gambar sajian yang menambat selera. Kini dia mula cenderung membuat roti menggunakan ‘bread maker’ kesayangannya dan mula mengumpul follower untuk ‘baking’pula. Jom semak dua resipi Cheese Garlic Bread dan Kek Batik Cream Cheese.
CHEESE GARLIC BREAD
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
500gm tepung protein tinggi
260ml air
1 paket yis kering
1 sudu makan minyak
80gm gula halus
Sedikit garam
Bahan inti :
Keju mozarella secukupnya
Sosej | ikut suka potong kecil
Bahan mentega bawang putih :
2- 3 sudu makan mentega
1 ulas bawang putih | dicincang
Sedikit daun parsli
CARA MEMASAK :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan untuk doh roti ke dalam ‘breadmaker’ (mesin pembuat roti)
2. Biarkan ia menguli hingga doh mengembang, dan tak melekat di tepi bread maker.
3. Keluarkan doh dari bread maker dan canai rata doh, letakkan atas dulang pembakar.
4. Susunkan keju dan sosej, cantum dan lipat dua doh. Kelarkan di atasnya
5. Tutup doh dengan kain, dan biarkan ia berehat selama 30 minit.
6. Panaskan oven ke suhu 180 darjah Celcius dan bakar hingga masak dan gebu.
KEK BATIK CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus biskut Marie coklat
250gm @ 1 ketul mentega
1 sudu makan pemanis @ treasure.sugar |* boleh ganti dengan 1 sudu makan gula
500gm krim keju
CARA MEMASAK :
1. Patah-patahkan biskut Maire berperasa coklat kepada kepingan kecil.
2. Kemudian cairkan mentega di atas api dan masukkan susu pekat manis, gula atau pemanis. Kacau rata.
3. Masukkan krim keju dan kacau rata, tutup api.
4. Cedok dan asingkan satu bekas ( 1 mug) daripada krim keju tadi.
5. Masukkan biskut Marie ke dalam krim keju yang telah siap tadi. Masukkan dalam tin pembakar bulat dan padatkan permukaannya.
6. Kemudian tuangkan 1 mug krim keju di atasnya.
7. Masukkan di dalam peti sejuk , biarkan beberapa jam sebelum dihidangkan.
KREDIT FOTO & RESIPI : IG@leezaramzi