Instafamous Rosehayati Kongsi 5 Resipi Lauk Kampung. Balik Mengundi Bolehlah Try!
Mei 8, 2018
Share
Sesiapa yang selalu mengikuti di instagramnya pasti mengenali beliau, jika baru berjinak dengan dunia masakan beliau antara instafamous yang disebut selalu dan pengikutnya pasti tertunggu-tunggu resipi apa yang dimasaknya hari ini.
Skill Utama Masakan Menu Kampung, Resipi Dan Tunjuk Ajar Emak Jadi Rujukan Utama
Roshayati Jamaludin 38 tahun, mengakui banyak belajar memasak daripada emaknya sendiri. Setiap kali memasak dia pasti akan menelefon emak untuk bertanyakan bahan-bahan dan cara memasak. Sekarang boleh memasak dengan hanya mengagak-agak bahan hasil bantuan emaknya selama ini.
Sebagai surirumah sepenuh masa memasak menjadi rutin harian yang seronok diilakukannya. Rosehayati akan memastikan semua ahli keluarganya makan bersama sebelum keluar dari rumah untuk meneruskan aktiviti harian. Ibu kepada dua cahaya mata ini percaya amalan ini akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan.
Mengakui skill memasaknya lebih kepada masakan kampung dan keluarganya sendiri memang lebih meminati menu kampung. Menu yang selalu menajadi permintaan keluarga adalah yang berkuah seperti singgang, sambal belacan, ikan goreng dan ulam-ulaman. Rosehayati sangat bersyukur kerana anak-anak tidak cerewet dalam bab makan dan mengamalkan jadual pemakanan yang lengkap.
Asalnya hanya sekadar berkongsi gambar di instagram untuk koleksi sendiri bersama ahli keluarga dan kenalan rapat. Memang pada suami tidak bersetuju dengan minatnya tetapi akhirnya suami memahami dan menetapkan syarat supaya tidak mengabaikan keluarga.
Kini Rosehayatie menjadikan instagram sebagai tempat rujukan bertukar pandangan dan idea baru untuk memasak. Menggunakan smartphone sebagai medium utama untuk mengambil gambar dan video masakannya ternyata gambar yang dihasilkan sangat cantik dan kreatif. Kini laman sosial instagramnya telah mencecah lebih 200K dan beliau sentiasa mengemas kini akaun miliknya.
1. ASAM PEDAS IKAN CENCARU
BAHAN-BAHAN:
5 ekor Ikan cencaru sederhana
7 batang bendi
1 sudu teh biji sawi
1 ikat Daun kesom
1 keping asam keping
Air asam jawa secukup rasa
Air secukup (ikut kepekatan kuah)
Garam dan secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis biji sawi dan bahan kisar hingga wangi kemudian masuk Cili kisar masak sehingga Cili betul2 garing dan pecah minyak..
Ambil separuh Daun kesom masuk dalam tumisan kacau rata kemudian masuk asam keping dan Cili dah betul betul masak masukan air asam jawa,air secukupnya ikut kepekatan kuah,garam dan secukup rasa.
Kuah dah mendidih masukan Ikan dan kacang bendi..Biar mendidih seketika supaya Ikan dan kacang bendi betul2 masak..sedia untuk di hidang..
2. PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
6 biji terung saiz sederhana | belah dua jangan putus
2 paket kecil rempah kari daging babas}bancuh dengan sedikit air
2 sb udang kering
6 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
I inci Halia | hiris
1 btg kulit kayu manis,1 kuntum bunga lawang dan 3 batang cengkih
1 paket kecil kerisik
1 mangkuk kecil santan
3 sb gula | ikut rasa agak kurang boleh tambah
Garam dan secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih dan bahan hiris hingga wangi dan masukan rempah kari yang dibancuh bersama air kacau rata masak sehingga rempah kari betul2 masak dan pecah minyak.
Masukan udang kering,kerisik terung dan santan didih dengan api pelahan supaya pecah minyak.
Masukan gula,garam dan secukup rasa..masak hingga kuah agak pekat sedikit..siap untuk di hidang bersama nasi putih dan lagi sedap ada ikan masin gelama..
3. KUE TEOW GORENG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
800gm kue teow
1/2 kilo sotong
3 ulas bawang putih | kisar
3 biji bawang merah | kisar
1 senduk Cili kisar | tumis asing
2 sb sos tiram
1 sb sos cili
2 sb Kicap manis
1/2 sudu kicap pekat
Secekak Daun kucai | potong pendek (lebih kurang 1 inci)
1 cawan tauge
Minyak untuk mengoreng secukupnya
Garam secukup rasa Jika perlu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali..tumis bahan kisar hingga naik bau..masuk Cili kisar tumis sampai Cili betul betul masak kemudian masuk sos cili,sos tiram,Kicap manis dan kicap pekat sambil kacau..
Masukan sotong kacau lagi beberap minit hingga sotong hampir masak masukan kue teow kacau lagi beberapa minit..
Masukan kucai dan tauge sambil di kaup balik sebentar..sayur separuh masak lebih rangup dan sedap..boleh di hidang bersama cili kicap..
4. AYAM MASAK SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
1/2 Ekor ayam
25 tangkai cili kering | kisar asing
1 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 inci Halia}ketuk
2 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sb Cili sos
2 sudu gula
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar | potong bulat
CARA MEMASAK:
Kisar Bawang besar dan Bawang putih..cili kering kisar asing..panaskan minyak tumis bahan kisar,halia dan serai hingga wangi kemudian masuk Cili kisar dan tumis sehingga Cili betul betul masak dan pecah minyak..
Masukan sos cili,asam keping,gula..masak sehingga mendidih dan kepekatan yang disukai
Akhir sekali masukan ayam yang telah digoreng dan Bawang besar yang dihiris gaul rata dan sedia untuk di hidangkan dengan nasi tomato dan acar jelatah
5. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
1/2 cawan air kapur
4 cawan air
CARA MEMASAK:
Campur semua bahan,kacau sebati,oles loyang dengan sedikit minyak masak,kemudian tapis adunan ke dalam loyang..
Didihkan air dalam periuk pengukus dan alas tutup periuk dengan kain tuala untuk elakan air menitik keatas permukaan Kuih yang di kukus nanti..
Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung pada saiz loyang yang di gunakan..bila dah masak,sejukan terlebih dahulu barulah dipotong
Gaul potongan Kuih kaswi ke dalam kelapa muda yang diparut beserta sedikit garam..
Sedap dimakan untuk hidangan petang..selamat mencuba..