Instafamous Surianti_Kitchen Kongsi 3 Resipi Viral Mudah Dimasak.

Share

Menjengah ke laman Instagram Surianti_Kitchen, boleh membuat perut berasa lapar. Mana tidaknya ada banyak video serta gambar sajian yang enak dikongsi oleh Instafamous tersohor ini setiap hari. Malah setiap masakan disertakan dengan cara memasak yang lengkap menjadikan laman IG ini menjadi pilihan serta popular di kalangan pelayar Instagram. Oleh itu dalam rancangan Rasa Instafamous episod ke sembilan ini, Aunty Aini menampilkan Puan Surianti Ramli dari Surianti_Kitchen sebagai tetamu undangan.

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Perak, Puan Surianti tetap meluangkan masa dan mencari ruang untuk  melaksanakan minatnya ini. Malah permulaan cintanya terhadap dunia masakan ini sudah bermula seawal usia 10 tahun lagi.

Waktu kecik saya selalu tolong ibu dan bapa menyediakan bahan makanan untuk berniaga. Maka dari situ timbul minat dalam dunia masakan ni. Pada usia 10 tahun, saya sudah boleh memasak masakan mudah seperti sambal tumis dan nasi goreng. Malah di usia 16 tahun, saya sudah mula menerima tempahan kek, ujar suri hati kepada Encik Muhamad Sabri Abdul Rahim ini.

 

IBUNDA SEBAGAI INSPIRASI

Walaupun sejak kecil lagi sudah biasa memasak, namun Puan Surianti tetap mengikuti kelas-kelas masakan bagi memantapkan lagi kemahiran beliau. Namun guru yang paling ulung tentulah ibunya sendiri.

Ibu adalah sumber inspirasi saya untuk lebih maju dalam bidang ini. Beliau memang sangat mahir memasak pelbagai jenis sajian antaranya ialah lauk pauk, aneka biskut, kek, pulut kuning untuk hantaran perkahwinan dan banyak lagi. Malah beliau juga mahir dalam pembuatan gubahan hantaran.

 

SURIANTI_ KITCHEN PILIHAN RAMAI

Di Instagram Surianti_Kitchen, Puan Surianti suka berkongsi aneka resipi masakan yang mudah dan praktikal dimasak setiap hari seperti nasi, lauk pauk, pasta, kek, roti dan sajian pencuci mulut. Malah ada juga aneka resipi biskut dan kuih tradisional yang menjadi pilihan ramai.

Memilih untuk berkongsi ilmu dengan para followers, ternyata ia memberikan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula mendapat maklumbalas yang sangat baik dari individu yang mencuba, menjadikan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini lebih bersemangat untuk memanjangkan ilmu yang dimilikinya.

Anda terasa nak cuba masakan dari Surianti_Kitchen? Khas untuk Rasa Instafamous kali ini, Puan Surianti telah berkongsi tiga resipi kegemaran beliau yang tentunya sangat sedap dan mudah untuk dicuba di rumah. Selamat mencuba!

 

RESIPI SURIANTI_KITCHEN

 

1. MINI QUICHE

 

2. DAGING KICAP BAWANG GORENG

 

3. PUDING BUAH PIC

 

MAJALAH RASA KINI DI KACA TELEVISYEN ANDA

Menerajui majalah berasaskan masakan selama 17 tahun cukup mendewasakan Majalah Rasa. Menjadi Majalah Masakan No.1 di Malaysia semestinya banyak cabaran yang dilalui. Bermula bagai anak kecil yang baru perlu berlari mengejar pesaingnya, Rasa berjaya meletakkan namanya sebaris dengan majalah yang sedia ada. Ia kemudian terus menjadi unik dengan perkongsian resipi yang konsisten setiap bulan. Lebih cemerlang apabila Rasa tambil dengan Edisi Bumper untuk 3 bulan musim perayaan.

Lima tahun lalu, rasa mengorak langkah berjinak-jinak dalam dunia digital sehinggalah tahun lalu secara agresif beraksi laman sesangan dan di pentas social media selari dengan perkembangan dunia digital. Rasa sekali lagi menempatkan dirinya menjadi Portal Masakan No. 1 di Malaysia sehingga hari ini.

Dan Bermula 30 Julai 2018, rasa melangkah setapak lagi dengan Rancangan Memasak. Memulakan langkahnya Tv nya dengan membawa Instafamous yang mempunyai pengikut ratusan ribu di Instagram. Tanpa menampilkan pengacara cantik manis, Rasa Instafamous meniti dari bibir ke bibir peminat program masakan di televisyen. Aunty Aini yang bersahaja dan tanpa kekok berbual sambil membantu tetamunya memasak. Sebagai seorang yang sudah biasa memasak dia semestinya tidak kekok untuk menyebut apa sahaja nama bahan-bahan. Rasa Instafamous akan bersiaran selama 13 episod.

Untuk anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.

 

BEHIND THE SCENE 

Published by
Nur