Memang benar memang banyak terdapat pelbagai variasi resipi popia sekarang ini. Tetapi intinya yang menyebabkan kesedapanya berbeza dari yang lain.

Resipi dari Amie’s Little Kitchen ni mengandungiisi udang, isi ayam, jagung dan cendawan cendawan dan sayuran lain memang padu dan terbaiklah. Sangat berbaloi untuk dicuba.

POPIA INTI SEDAP

Inti Popia Yang Ini Istimewa, Bukan Main Sedapnya

Bahan-bahan :

IKLAN

50 keping kulit popia saiz sederhana
sebiji telur
minyak
sos cili Thai

Bahan inti :
1 cawan isi udang | cincang
1 cawan isi ayam | cincang
1 cawan jagung tin | toskan airnya
1 cawan biji hirisan lobak merah lobak merah
1 cawan hirisan sengkuang
1 cawan hirisan cendawan shiitake|terlebih dahulu rendam cendawan shiitake kering hingga lembut dan toskan airnya
1 labu bawang besar | cincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar perencah cukup rasa

IKLAN

Inti Popia Yang Ini Istimewa, Bukan Main Sedapnya

CARA MEMASAK :

IKLAN

1. Panaskan sedikit minyak dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan udang. Gaul sebati.
3. Masukkan lobak merah, sengkuang dan jagung.
4. Perasakan dengan sos tiram dan perencah cukup rasa.
5. Angkat bahan tumis dan masukkan ke dalam mangkuk penapis.
6. Biarkan seketika supaya kuahnya kering.
7. Letakka inti secukupnya di atas kulit popia. Lipat dan gulung. Lekatkan dengan putih telur di bahagian hujungnya.
8. Goreng hingga berwarna keemasan.
9. Angkat dan toskan minyaknya.
10. Hidangkan bersama sos cili Thai atau sos pilihan anda.

Kredit : Amie’s Little Kitchen

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI