Karipap Daging, Karipap Sardin, Karipap Pusing dan beberapa lagi variasi inti adalah antara kegemaran rakyat Malaysia. Kuih ini sesuai dinikmati pada bila masa dan jadi kegemaran ramai tanpa mengira usia. Bermurah hati berkongsi resipi Karipap Daging jualannya, saudari Rosni Musa juga berkongsi petua menghasilkan kulit karipap yang rangup dan sedap. Caranya ialah dengan menggunakan air kapur jernih. Ha…Nanti bolehlah cuba ya. Jom lihat bahan-bahan lain yang diperlukan.

RESIPI KARIPAP DAGING RANGUP & BERINTI SEDAP

BAHAN KULIT KARIPAP:

  • 1kg tepung gandum – beli online DISINI
  • 3/4 cawan minyak masak – beli online DISINI
  • 2 sudu makan marjerin – beli online DISINI
  • 2 sudu makan air kapur jernih – beli online DISINI
  • 1 sudu teh garam – beli online DISINI
  • 400ml air sejuk dari peti ais

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak bersama marjerin hingga marjerin cair.

2. Di dalam bekas besar, tuang tepung lalu dicurahkan minyak panas tadi.

3. Gaul rata menggunakan senduk hingga menjadi seperti serbuk roti.

4. Masukkan air kapur jernih ke dalam bekas yang berisi air sejuk. Air kapur ini adalah tip nak merangupkan kulit karipap.

5. Tambah sedikit garam dan kacau hingga garam larut.

6. Tuang air sejuk tadi ke dalam tepung. Gaul sebati dan uli sehingga doh tidak lekat di tangan.

7. Doh yang siap diuli.

8. Masukkan doh ke dalam plastik dan biarkan selama 30 minit.

IKLAN

9. Ambil doh dan bulatkan kecil. Masukkan kembali ke dalam plastik dan perap selama 1-2 jam.

Sementara itu bolehlah buat intinya.

 

BAHAN INTI KARIPAP DAGING:

2kg kentang – didadu – beli online DISINI
300gm daging dicincang
2 biji bawang merah besar – didadu – beli online DISINI
2 ulas bawang putih – diracik – beli online DISINI
2 sudu makan rempah kari daging – beli online DISINI
2 sudu makan cili kisar – beli online DISINI
Sedikit daun sup – beli online DISINI

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

2. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Tumis lagi.

3. Kemudian masukkan daging yang telah dicincang. Renihkan seketika.

4. Perasakan dengan garam, gula & perencah cukup rasa. Jumlahnya agak-agak sahaja jangan terlalu berlebihan.

5. Kemudian masukkan ubi kentang. Kacau rata.

6. Renihkan kentang sehingga empuk. Tak perlu tambah air kerana kentang akan mengeluarkan air. Bila sudah masak, padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.

7. Masukkan daun sup dan gaul rata. Alihkan inti ke dalam bekas.

8. Ambil sebiji doh dan canaikan. Letak inti dan tutup doh.

9. Kelim hujung doh dengan cantik dan kemas.

10. Karipap yang telah siap di kelim.

11. Panaskan minyak. Goreng karipap dengan menggunakan api sederhana perlahan.

12. Angkat dan toskan.

13. Karipap untuk minum petang sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

 

Nak masak makanan bergoreng tanpa minyak? Dapatkan AIR FRYER secara online DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cara Buat Blueberi Cheese Tart Bajet, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Popia Sayur Daging Burger Paling Sedap Untuk Minum Petang

Resipi Tepung Goreng Ikan Garing Krup Krap Bersama Sos Pencicah Thai. Serius Sedap

Spaghetti Aglio Olio, Menu Ringkas Tapi Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official