Isi Ayam Kalau Tak ‘Laku’ Di Rumah, Buat Ayam Masak Halia. Confirm Cepat Licin

Share

Selalu ayam bahagian dada yang penuh dengan isi tak berapa ‘laku’ di rumah. Kebanyakan suka ‘part’ yang ada tulang-tulang.

Biasanya supaya tak membazir kita potong kecil isi ayam ini dalam buat rencah bila masak nasi atau mi goreng.

Tapi selain buat rencah begini, boleh juga cuba idea dari Fdlah Ila ini. Bahagian isi ayam ini jadi menu ayam masak halia. Katanya olahan ini memang cepat saja licin bila hidang. Cara membuatnya juga turut dikongsi Fdlah Ila.

Isi ayam buat ayam masak halia, confirm cepat licin

Rumah saya ayam bahagian dada atau isi tak laku bila masak, suami dan anak pilih bahagian tulang saja. Kalau nak laku kena buat ayam halia, confirm cepat habis.

 

Bahan-bahan:
-Isi ayam – dihiris nipis
-Cili kering – dipotong
-Bawang merah – belah 6
-Bawang putih -dicincang
-Halia -dihiris nipis memanjang (guna banyak baru sedap)
-Sos tiram
-Serbuk lada hitam
-Sedikit tepung jagung
-Daun bawang -dipotong
NOTA: Kuantiti bahan ikut jumlah isi ayam

Cara membuat

1. Panaskan minyak kemudian goreng cili kering hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Guna minyak sama goreng bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris tadi. Bila dah sedikit layu terus angkat. Ketepikan.

3. Menggunakan minyak yang sama, goreng ayam seketika dan masukkan sedikit air. Renehkan seketika.

 

4. Selepas itu masuk sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam. Kacau. Kemudian masukkan semula cili kering, bawang dan halia yang ditumis.

5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air untuk pekatkan kuah. Kepekatan ikut citarasa.

 

6. Perasakan dengan garam dan kacau rata. Sebelum tutup api masukkan daun bawang.

 

Siap.

Sumber: Fdlah Ila

 

Published by
Rose