Mengidam orang mengandung ni jangan dibuat main. Selagi tak dipenuhi, memang boleh mengundang resah hati. Malah demi kasih kepada isteri, salah seorang pelayar twitter sanggup berusaha untuk memenuhi keinginan isteri yang mengidam nak makan Nasi Lemak Pak Nasser yang hanya disediakan dalam pesawat Air Asia. Akhirnya yang diidamkan telah dapat dipenuhi!
Menerusi tweet terbaru Azham @amsuda, akhirnya isteri beliau sudah dapat juga makan Nasi Lemak Pak Nasser yang diidam-idamkan tu.
Semuanya menjadi nyata hasil dari pertolongan rakyat Malaysia yang sangat-sangat prihatin dan bermurah hati.
Kisahnya bermula pada beberapa hari lalu, trending di Twitter mengenai seorang suami yang telah tweet kepada Air Asia bertanyakan dimana beliau boleh mendapatkan Nasi Lemak Pak Nasser bagi memenuhi permintaan isterinya yang sedang mengandung anak ketiga.
Seperti yang kita semua tahu, hidangan-hidangan yang ditawarkan oleh Air Asia ni hanya boleh didapati menerusi penerbangan pesawat tambang murah ini sahaja.“Hi @AirAsia isteri saya mengandung anak ketiga dan dia mengidam nasi lemak pak nasser. persoalannya adakah nasil lemak ni dijual dekat luar?”
Siapa sangka posting ini mendapat perhatian ramai dan di retweet lebih dari 7000 kali. Malah ramai yang menawarkan diri untuk tolong mendapatkan hidangan ni.
Malah ia juga turut di balas oleh pihak Air Asia.
Apa-apa pun, tahniah buat semua! Orang kita memang terbaik! Good job Malaysian!