Istimewa Ramadan, Resipi Kek Kurma Mudah & Sedap

Share

Wahai mak-mak sekalian, cuba periksa ada kurma ke tidak di dapur? Ataupun hanya dimakan ketika berbuka puasa saja.

Apa kata, kali ini kita buat kek kurma yang sedap dan mudah je dengan menggunakan resipi yang dikongsi oleh Asmidar Nor.

 

KEK KURMA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

6 biji telur gred D (kalau gred A/B guna 5 biji)
250g marjerin atau mentega – beli online di sini


2 cawan tepung gandum (ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder) – beli online di sini
¾ cawan gula kastor – beli online di sini
Esen vanilla 
10 biji kurma lembik
Kurma keras

TONTON Macaron Teh Tarik

TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese

CARA-CARA:

1. Lenyekkan kurma lembik tetapi jangan terlalu kasar atau terlalu halus. Ketepikan.


2.Satukan marjerin dan gula. Kacau guna senduk sahaja sampai sebati.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Masukkan telur satu persatu, jangan semua sekali ye. Kemudian, masukkan sedikit esen vanilla.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Masukkan kurma yang telah dilenyekkan tadi. Kacau sebati. Kemudian, masukkan tepung yang diayakkan tadi. Kacau sebati sekali lagi.


5. Sapu loyang dengan minyak atau alas dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam loyang. Kemudian, tabur kurma keras tadi ikut kreativiti masing-masing.


6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C selama 55 minit. (bergantung kepada ketuhar masing-masing).

Kredit resipi & foto: Asmida Nor

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri Adila Saari