Daging dan ikan salai cukup sinonim dengan masakan lemak cili padi Negeri Sembilan. Kini anda tidak perlu travel sampai ke sana untuk menikmati keeenakan makanan warisan asli ini.
Bagi yang tinggal di kawasan Lembah Klang, pergi sahaja ke TJ Garden, Cheras dan nikmati sajian istimewa ini di gerai Itik Salai Mashtar . Lokasinya tak susah nak cari dan berhampiran Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sahaja.
Ads
Gerai ini adalah cawangan ketiga Itik Salai Mashtar yang cukup popular di Sungai Ramal Dalam, Kajang dan diusahakan oleh dua sahabat baik; Ezil Iskandar Rastam dan Ainal Yakin.
Dekat sini, lauk yang menjadi tarikan utama pelanggan tentulah menu itik salai yang dimasak lemak cili padi. Istimewanya lauk ini adalah daging itiknya tidak berbau dan lembut.
Ads
Itik salaiAyam salai dan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi
Lebih menambat hati lagi, harga set nasi dan daging lemak cili padi termasuk ulam dan ikan masin harganya cuma RM7 dan set yang sama untuk ikan keli harganya adalah RM6.
Ads
Bagi mereka yang ingin membeli daging dan ikan salai sahaja, gerai ini juga bersedia memenuhi kehendak anda. Jangan lupa singgah ke sini bila pergi ke Cheras. Khidmat penghantaran juga disediakan bagi kawasan berdekatan. Selamat menjamu selera. – FARIDAH TALIB
INFO KEDAI
ALAMAT: TJ Garden, Jalan Jaya 7, Kuala Lumpur (Gate belakang HUKM)
WAKTU OPERASI: Buka setiap hari kecuali Jumaat :11.00 pagi – 4.00 petang
WAJIB CUBA: Itik salai, ayam salai, daging lembu salai, ikan keli salai, lauk lemak cili padi dan ulam-ulaman.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Fairfield by Marriott Kuala Lumpur mengalu-alukan semua tetamu untuk menikmati Bufet Barbeku Fairfield Countryside bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja anda bermula dari 21 Julai 2023 dan seterusnya pada setiap Sabtu dan Ahad.
Restoran Lesung menawarkan suasana yang sempurna dengan pemandangan pusat bandar Kuala Lumpur. Menggabungkan rasa asli pilihan tempatan dan antarabangsa, set barbeku ini membawa tawaran yang paling lazat kepada tetamu.
Mulakan dengan hidangan pembuka selera tempatan yang sedap hingga pilihan salad sihat yang menarik Salad Mi Kaca, Salad Caesar, Salad Kentang, Salad Pasta Kerabu Taugeh, Salad Campur dan Salad Ayam.
Menu utama Bufet Barbeku Fairfield Countryside ialah Jagung Bakar Plantar, Bratwurst Jumbo Sausage, Cocktail Sausage,Frankfurter Sausage, Minute Steak, beef kebab, Chicken Shitawak, Chicken Skewer, Chicken wings, Marinated Lamb Shoulder, Lamb Leg Boneless, Marinated Fish dan Slipper Lobster.
Selepas mengenyangkan perut dengan hidangan utama, segarkan tekak dengan pelbagai pilihan pencuci mulut seperti Puding Karamel, Pai Epal dan Puding Mentega Roti.
Dengan hanya lima hingga tujuh minit berjalan kaki ke stesen monorel dan LRT, tetamu boleh sampai ke Fairfield Kuala Lumpur mudah dengan menaiki pengangkutan awam. Tetamu boleh menikmati bufet barbeku malam mereka dengan pemandangan indah bandar Kuala Lumpur.
Bufet ini disediakan setiap hari Jumaat sahaja. Harga ialah RM88nett (Dewasa) dan RM58nett (Kanak-kanak) berumur 4 hingga 12 tahun. Di bawah empat tahun makan percuma. Setiap lima orang dewasa yang membayar, seorang warga emas (60 tahun ke atas) makan percuma. Seterusnya warga emas membayar harga dewasa. Untuk tempahan, boleh hubungi Restoran Lesung.
Anak atau mungkin anda sendiri peminat filem Harry Potter? Jika mahu menikmati keterujaan alam fantasi seperti di sekolah sihir Hogwarts, Hedwig Books & Cafe adalah lokasi tepat.
Mula beroperasi sejak Oktober lalu, pemiliknya Nur Raiha Hanafi mahu mencipta konsep tersendiri yang unik tanpa terikut-ikut trend kafe buku ‘hipster’ yang lain.
Sebagai peminat filem Harry Potter terutama anak sulung beliau yang dikira peminat tegar ‘Potter Head’ memberikan inspirasi untuk sang pemilik mengadaptasikan kafe miliknya berdasarkan cerita tersebut.
CETUSAN IDEA MENU KREATIF
Di Hedwig Books & Cafe, terdapat pelbagai makanan berkonsepkan menu barat seperti kek, pastri, pudding, pai epal , sandwich serta spageti yang disediakan buat para pelanggan.
Lebih menarik, menu-menu yang dihidangkan adalah berlainan setiap hari kecuali menu yang menjadi ‘signature’. Antara yang paling laris dan menjadi pilihan ramai adalah Hedwig Chocolate Cake, Pie Epal, Quiche Lorraine, Baked Potato serta Spageti Carbonara.
Selain menikmat keenakan sajian, pelanggan juga boleh menyewa buku-buku yang disediakan di sini dengan kadar sewaan yang berpatutan iaitu serendah seringgit sehari. Di samping itu, Hedwig Books & Cafe juga menyediakan ‘props’ seperti jubah, ‘wand’, skarf untuk digayakan oleh pelanggan yang nak bergambar seolah-olah mereka adalah pelajar di sekolah Hogwarts seperti Harry Potter. Memang seronok!
Jadi jika anda ke Kota Bharu, jangan lupa singgah ke Hedwig Books & Cafe yang pastinya akan memberikan pengalaman menjamu selera serta kenangan manis yang cukup mengujakan. Selamat mencuba! – FARIDAH TALIB
Hedwig Book & Cafe
Alamat: PT 1667, Tingkat 1, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kelantan.
Jika anda merancang untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga mahupun teman-teman, boleh datang ke Burnin ’Pit yang menawarkan ‘Ramadan Platter’ berupa sajian khas Ramadan untuk pelanggan.
‘Ramadan Platter’ diilhamkan dari waktu saya bekerja di Timur Tengah,” kata Eugene Cheam, Chef Eksekutif Burnin ‘Pit. Sajian khas ini menawarkan pilihan Ayam Percik Meletop yang enak, Shawarma Kaki Kambing Salai dan Briskit Daging Lembu Salai khas Burnin’ Pit.
Ia dilengkapi dengan pelbagai sos dan acar seperti Yogurt Limau Nipis, Muhammara, Sambal Bajak dan Acar Rampai. Roti Rata buatan sendiri, Beras Pilaf dan Makaroni Cili Api juga disertakan bersama.
‘Ramadan Platter’ untuk dua orang mengandungi 200 gram Briskit Daging Lembu Salai,200 gram Shawarma Kaki Kambing Salai dan dua paha Ayam Percik Meletop pada harga RM 95.00.
Untuk empat orang, ‘Ramadan Platter’ merangkumi 300 gram Briskit Daging Lembu Salai, 400 gram Shawarma Kaki Kambing Salai, empat paha Ayam Percik Meletop dengan harga RM 180.00. Sos dan sajian sampingannya disertakan sekali.
RAMADAN PLATTER LIST
Pelanggan juga boleh membuat pesanan untuk setengah Ayam Percik Meletop bahagian paha pada harga RM 90.00 dan Nasi Pilaf Lebanon pada harga RM 40.00. (Kesemua harga ini tidak termasuk cukai dan penghantaran) Burnin’ Pit boleh menyediakan Ramadan Platter mengikut jumlah orang yang akan menikmati setiap hidangan.
Burnin’ Pit mengalu-alukan kehadiran pelanggan di restoran dan juga menyediakan perkhidmatan penghantaran oleh UMAI, dan juga boleh didapati melalui pelbagai penghantaran yang tersedia semasa bulan Ramadan ini.
MENYEDIAKAN DAGING BARBEKU UNTUK ANDA Sejak tahun 2020, terdapat banyak perubahan dalam persepsi pelanggan untuk menjamu selera kerana kesan COVID-19 di seluruh dunia.
Walaupun daging pembungkus vakum selalu menjadi sebahagian daripada rancangan pengembangan, Burnin’ Pit melihat waktu ini sebagai peluang keemasan untuk melancarkan perkhidmatan ini dengan segera untuk semua makanan yang dipesan melalui platform bawa pulang dan pelbagai platform penghantarannya sendiri. “Kesihatan dan keselamatan pelanggan kami menjadi keutamaan dan dengan menawarkan perkhidmatan ini, kami berharap dapat memberikan rasa kelegaan kepada pelanggan kami,” kata Kam Kok Fung, pengasas bersama dan pitmaster Burnin’ Pit.
Sous Vide Packaging
Melalui penggunaan pembungkusan plastik tanpa BPA, pencemaran dapat dikurangkan dan kesegaran makanan terjamin. Semua hidangan utama dan sajian sampingan yang dipesan perlu dipanaskan sebelum makan. Arahan pemanasan adalah seperti berikut:
1. Dalam sebuah periuk, didihkan air 2. Angkatkan periuk dari api 3. Masukkan makanan tertutup vakum dan tutupkan periuk dengan penutup 4. Biarkan selama 10 – 15 minit 5. Keluarkan makanan dari bungkusan plastik dan hidangkan segera Dengan menggunakan kaedah sous vide, makanan boleh dinikmati pada suhu dan kesegaran yang optimum.
Kelebihan lain dengan pembungkusan vakum ini ialah ia memberikan kemudahan, terutama bagi mereka yang ingin memesan seluruh brisket daging lembu, yang merupakan hidangan khas Burnin’ Pit.
RUANG MAKAN YANG SELESA
Burnin ’Pit terkenal dengan konsep barbeku gaya Amerika Selatan. Restoran ini sukar dilupakan dengan ruang salai khasnya dan reka bentuk dalaman yang memberi penghormatan kepada kayu dan api melalui siling tinggi, tingkap-tingkap besar yang menyambut cahaya semula jadi dan perabot kayu gelap yang diperbaharui memberikan anda suasana moden, berkelas namun selesa.
Restoran ini boleh menempatkan 90 orang tetamu dan sangat sesuai untuk keluarga. Burnin’ Pit dibuka setiap hari untuk makan tengah hari dan makan malam. Burnin’ Pit menawarkan perkhidmatan makan di restoran, bawa pulang dan penghantaran yang boleh didapati melalui pelbagai platform penghantaran.
ALAMAT No. 24, Jalan 24/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!