Daging dan ikan salai cukup sinonim dengan masakan lemak cili padi Negeri Sembilan. Kini anda tidak perlu travel sampai ke sana untuk menikmati keeenakan makanan warisan asli ini.
Bagi yang tinggal di kawasan Lembah Klang, pergi sahaja ke TJ Garden, Cheras dan nikmati sajian istimewa ini di gerai Itik Salai Mashtar . Lokasinya tak susah nak cari dan berhampiran Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sahaja.
Gerai ini adalah cawangan ketiga Itik Salai Mashtar yang cukup popular di Sungai Ramal Dalam, Kajang dan diusahakan oleh dua sahabat baik; Ezil Iskandar Rastam dan Ainal Yakin.
Dekat sini, lauk yang menjadi tarikan utama pelanggan tentulah menu itik salai yang dimasak lemak cili padi. Istimewanya lauk ini adalah daging itiknya tidak berbau dan lembut.
Lebih menambat hati lagi, harga set nasi dan daging lemak cili padi termasuk ulam dan ikan masin harganya cuma RM7 dan set yang sama untuk ikan keli harganya adalah RM6.
Bagi mereka yang ingin membeli daging dan ikan salai sahaja, gerai ini juga bersedia memenuhi kehendak anda. Jangan lupa singgah ke sini bila pergi ke Cheras. Khidmat penghantaran juga disediakan bagi kawasan berdekatan. Selamat menjamu selera. – FARIDAH TALIB
INFO KEDAI
ALAMAT: TJ Garden, Jalan Jaya 7, Kuala Lumpur (Gate belakang HUKM)
WAKTU OPERASI: Buka setiap hari kecuali Jumaat :11.00 pagi – 4.00 petang
WAJIB CUBA: Itik salai, ayam salai, daging lembu salai, ikan keli salai, lauk lemak cili padi dan ulam-ulaman.